19
Jum, Apr

PADAWAN: Kementerian Pelancongan memperkenalkan program Pakej Hari Raya Korban di inap desa luar bandar sebagai produk berasaskan pelancongan di negeri ini.

Menterinya Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata inisiatif tersebut akan melibatkan kerjasama antara agensi pelancongan dengan komuniti luar bandar.

“Melalui tawaran Pakej Hari Raya Korban, kita mahu menarik lebih ramai pelancong yang beragama Islam dari Semenanjung Malaysia dan Singapura untuk menjalankan ibadah korban di homestay (inap desa) luar bandar Sarawak.

“Usaha ini juga membantu komuniti kampung untuk meningkatkan jumlah pelawat dan seterusnya meningkatkan ekonomi mereka,” katanya pada Majlis Pelancaran Pakej Hari Raya Korban di Inap Desa Kampung Darul Islam Belimbing di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Muda Pelancongan Datuk Talib Zulpilip, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera) Datuk Mohd Naroden Majais, ADUN Tarat merangkap Timbalan Speaker DUN Datuk Roland Sagah Wee Inn, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan Datu Ik Pahon Joyik dan Ketua Kampung Darul Islam Belimbing Hussein Banyak.

Bagi permulaan, Abang Johari berkata Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) dan

Baca Selanjutnya: Sarawak Jadikan Ibadah Korban Sebagai Produk Inap Desa

KUCHING: Rakyat Sarawak tanpa mengira agama dan bangsa digesa menilai kembali pengorbanan yang telah dilakukan demi kelangsungan kejayaan negeri ini.

Perkara itu ditegaskan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dalam ucapan Hari Raya Aidiladha dalam laman sosial Facebooknya semalam.

Beliau memberitahu, Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban merupakan satu perayaan utama bagi masyarakat Islam di seluruh dunia untuk masyarakat Islam menilai kembali kesediaan untuk berkorban

Baca Selanjutnya: Nilaikan Pengorbanan Kita Demi Kelangsungan Kejayaan Sarawak

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadual melakukan lawatan dua hari ke Sarawak bermula hari Jumaat ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Penerangan, beliau dijangka tiba jam 4.30 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK).

Dari LTAK beliau akan menghadiri sambutan Hari Raya Korban di Masjid Al-Muttaqin di Samarahan.

Pada sebelah malam Timbalan Perdana Men-teri dijadual melancarkan Festival Tanglung Kuching 2015 di Taman Sahabat di

Baca Selanjutnya: TPM Lakukan Lawatan 2 Hari Ke Sarawak

BINTULU: Festival Layang-Layang Antarabangsa Borneo Bintulu (BIKF) Ke-11 membuka tirai penganjurannya semalam dan akan berlangsung sehingga 27 September ini di Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu.

Kejohanan Layang-Layang Sukan Borneo yang bermula semalam dan percubaan memecah The Malaysia Book of Records bagi ‘The Longest Arch Kite Tunnel’ pada petang 27 September (Ahad) ini dijangka akan mencuri tumpuan pengunjung yang berkunjung ke tapak festival itu.

Dalam pada itu, acara menguji kekuatan

Baca Selanjutnya: Festival Layang-Layang Antarabangsa Bintulu Ke-11 Buka Tirai

MIRI: Penubuhan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Miri memberi banyak kemudahan kepada orang awam kerana berfungsi sebagai pusat sehenti  menghimpunkan pelbagai kaunter perkhidmatan kerajaan di bawah satu bumbung.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Lawrence Lai berkata apabila pusat itu beroperasi nanti, orang ramai tidak perlu membuang masa pergi ke banyak tempat kerana segala urusan boleh dilakukan di sini.

“Projek pembinaan UTC Miri merupakan kelolaan kerajaan pusat hanya mendapat

Baca Selanjutnya: UTC Miri Akan Beri Banyak Manfaat Kepada Rakyat Sarawak

KUCHING: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menafikan dakwaan maklumat berhubung Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dilaporkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) tidak memberi gambaran sebenar mengenai situasi jerebu di negara ini.

Katanya, maklumat dipaparkan bukan dikeluarkan JAS semata-mata tetapi sebaliknya daripada pusat pemantauan khas berpangkalan di Singapura, data selaras diterima negara ini serta lima negara ASEAN lain iaitu Singapura, Thailand, Brunei

Baca Selanjutnya: Bacaan IPU Dikeluarkan JAS Sememangnya Tepat

KUCHING: Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua telah diarahkan meninggalkan negeri ini menerusi penerbangan dari Lapangan Terbang Miri pada pukul 4.20 petang ini.

Jurucakap Jabatan Imigresen Sarawak, ketika dihubungi Bernama, mengesahkan perkara tersebut.

"Disahkan bahawa YB Tony Pua telah diperiksa keluar meninggalkan negeri Sarawak pada 4.20 petang ini dari Lapangan Terbang Miri ke Kuala Lumpur atas arahan pihak Penguasa Imigresen Negeri Sarawak," katanya.

Bernama difahamkan Pua, yang

Baca Selanjutnya: Tony Pua Dihantar Balik Tidak Dibenarkan Memasuki Sarawak

Lebih banyak artikel..