25
Rab, Nov

KUCHING: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan terdapat kira-kira 12,000 kekosongan melibatkan jawatan konstabel, sarjan dan inspektor dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada masa ini.

Justeru bagi mengisi kekosongan tersebut, Khalid memberitahu bahawa pihaknya akan melakukan pengambilan masing-masing seramai 6,750 orang pada tahun ini dan tahun hadapan.

“Daripada segi permohonan, kita sangat terharu apabila jawatan inspektor, kita menerima tidak kurang daripada 14,000 permohonan. Ia belum lagi bagi jawatan konstabel dan sarjan yang pasti dua kali ganda daripada jumlah tersebut.

“Kekosongan PDRM pada masa ini mencecah 12,000. Jadi, tahun 2015 kita akan membuat pengambilan sebanyak 6,750 dan jumlah sama pada tahun 2016,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa sidang media selepas upacara Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) di PULAPOL Kuching di sini, semalam.

Hadir sama bekas Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Jamil Johari, Pengarah Jabatan Pengurusan Komisioner Polis Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komisioner Polis Datuk Seri Mohmad Salleh dan Pesuruhjaya Polis Sarawak Senior Deputi

Baca Selanjutnya: PERMOHONAN UNTUK TIGA JAWATAN DALAM PDRM MENGATASI 12,000 KEKOSONGAN.

KUCHING: Buku The Report: Sarawak 2015 berperanan membantu memperkenalkan Sarawak kepada para pelabur asing di seluruh dunia.

Pengarang Urusan Oxford Business Group (OBG) Asia Paulius Kuncinas yang juga penerbit buku itu berkata, kandungannya yang padat dengan maklumat tentang negeri ini dan amat bermanfaat dalam meletakkan Sarawak sebagai destinasi pelaburan strategik.

Dengan kekayaan sumber asli, Sarawak merupakan destinasi pelaburan yang mampu berkembang dengan lebih pesat apabila ia memberi

Baca Selanjutnya: BUKU THE REPORT: SARAWAK 2015 PERKENAL SARAWAK KE SELURUH DUNIA

KUCHING - Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang memasuki hari kedua 'panas' apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang membahaskan Rang Undang-Undang Hutan 2015.

Rang Undang-Undang Hutan 2015 telah dibentangkan oleh Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Kesemua ADUN BN menyokong penuh pindaan kepada Ordinan Hutan Sarawak, tetapi berbeza bagi ADUN PKR dan DAP yang menyuarakan beberapa

Baca Selanjutnya: PEMIMPIN PEMBANGKANG SARAWAK ‘MENGAMUK’ DI DUN SARAWAK

KUCHING – Bermula hari ini sehingga 29 April 2015, bermulanya Mesyuarat Pertama bagi Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke Tujuh Belas yang dirasmikan Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di sini, hari ini.

Upacara istiadat telah berlangsung dimulakan dengan perarakan masuk pancaragam Polis DI Raja Malaysia (PDRM), pegawai-pegawai PGA serta panji sambil disaksikan oleh ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak dan juga pada hadirin.

IMG-20150421-WA0005

Mesyuarat kali

Baca Selanjutnya: SEKITAR PERASMIAN MESYUARAT PERTAMA BAGI PENGGAL KELIMA DUN SARAWAK KE-17

KUCHING - Kemelut selama lima tahun yang melanda 49 keluarga dari tiga buah kampung yang terjejas dengan pembinaan Empangan Bengoh akhirnya telah menemui jalan penyelesaian apabila kesemua mereka akhirnya bersetuju untuk berpindah ke Skim Penempatan Semula Bengoh (BRS).

Menteri Muda Kesihatan Datuk Dr Jerip Susil berkata, menerusi persetujuan yang dicapai, kesemua penduduk yang terlibat dalam skim itu diberi rumah, elaun perpindahan dan tanah pertanian seluas tiga ekar setiap ketua keluarga.

Baca Selanjutnya: KEMELUT EMPANGAN BENGOH AKHIRNYA SELESAI

KUCHING – Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud percaya dan yakin Ketua Menteri Sarawak dapat meneruskan kemajuan dalam memimpin Sarawak supaya lebih membangun, makmur, maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

“Syabas dan tahniah kepada Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem kerana telah setahun memimpin Sarawak dengan jayanya tanpa sebarang permasalahan.

“Saya sangat yakin dengan visi dan pengalaman yang dimiliki Ketua

Baca Selanjutnya: TAIB YAKIN DENGAN KEPIMPINAN ADENAN UNTUK MENERUSKAN KEMAJUAN SARAWAK

KUCHING: Cubaan sebuah kapal yang membawa muatan kayu balak disyaki haram ke sebuah kilang papan di sini berjaya dipatahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada Sabtu lalu.

Menurut Pengarah Operasi Daerah Maritim Kuching Komander Maritim Shahref Steve McQueen Abdullah, kapal dari Tanjung Manis itu ditahan sekitar jam 3.30 petang di Muara Tebas.

“Hasil pemeriksaan lanjut dilakukan, kapal itu mempunyai enam orang kru dengan muatan kayu balak dianggarkan bernilai RM164,309 yang

Baca Selanjutnya: APMM SARAWAK PATAHKAN CUBAAN KAPAL CURI BALAK

Lebih banyak artikel..