25
Rab, Nov

SIBU - Sarawak menduduki tangga ketiga dari segi nilai pelaburan dan tangga kelima dari segi jumlah pemegang unit amanah saham Permodalan Nasional Berhad (PNB) di Malaysia.

Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata PNB amat menghargai sokongan 1.22 juta rakyat Sarawak yang kini melanggan 20.67 bilion unit-unit saham PNB bernilai RM20.65 bilion.

“Bagi peringkat negeri ini, Sibu berada di ranking ketiga dengan mempunyai 110,870 pemegang unit dengan unit dalam edaran sejumlah 1.9 bilion,” katanya pada Majlis Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2015 di sini semalam.

Majlis itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Ahmad Sarji berkata, saat ini unit-unit amanah saham dalam edaran di dalam negara adalah berjumlah 202.37 bilion unit yang dilanggan oleh 12.34 juta para pemegang unitnya.

“Ini merupakan lebih kurang daripada 40.3 peratus jumlah penduduk negara. Aset terkumpul berjumlah RM273.1 bilion.

“Dana ini digunakan untuk membeli saham-saham di dalam 200 syarikat dan membeli hartanah.

“Nilai saham-saham PNB dalam syarikat-syarikat pelaburannya dan nilai aset hartanahnya adalah berjumlah

Baca Selanjutnya: PELABURAN AMANAH SAHAM SARAWAK KETIGA TERTINGGI DI MALAYSIA

KUCHING: Timbalan Ketua Wanita (PKR) Haniza Mohamed Talha telah mencabar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak untuk membuat pendirian terhadap pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Jika Dewan Undangan Negeri Sarawak benar-benar percaya dan yakin bahawa pelaksanaan GST adalah baik untuk rakyat, maka mereka harus mengakui ia dalam Dewan yang mulia,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Haniza, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan Selangor, berkata DUN

Baca Selanjutnya: PKR CABAR DUN SARAWAK BUAT PENDIRIAN TERHADAP GST

KOTA SAMARAHAN - Pengwujudan Kompleks Majlis Adat Istiadat Sarawak dan Mahkamah Bumiputera Sarawak di Sarawak adalah bagi mengiktiraf kedudukan tinggi adat istiadat kaum di negeri ini, demikaian menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dalam merasmikan Kompleks Majlis Adat Istiadat Sarawak dan Mahkamah Bumiputera Sarawak di sini, semalam.

“Itu sebab kita membangunkan bangunan yang begitu bagus dan sesuai ini.

“Jangan kita laksanakan urusan adat istiadat menggunakan bangunan

Baca Selanjutnya: ADAT ISTIADAT KAUM DI SARAWAK DIIKTIRAF DAN DIPELIHARA

MUKAH - Lebih 1,000 orang hadir dalam memeriahkan acara ‘Kaul Tugek’ yang merupakan permulaan bagi Pesta Kaul bagi masyarakat Melanau sejak zaman berzaman lagi.

Acara tersebut dimulakan dengan perarakan ‘seraheng’ yang bermula dari jeti di Kampung Tellian Daya dan diiringi oleh sebanyak 61 buah bot yang terdiri daripada bot tangsi dan persendirian dari Kampung Tellian, Kampung Penakub Permai, Kampung Sungai Ragei, Kampung Jebungan dan Kampung Penipah.

‘Seraheng’ merupakan kepala hantaran kepada

Baca Selanjutnya: ‘KAUL TUGEK’ UPACARA HANTAR ‘SERAHENG’ KEPADA ‘IPOK’ WARISAN MASYARAKAT MELANAU

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem meminta Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) menolak beberapa usul bodoh daripada pembangkang pada Persidangan DUN Sarawak bermula Selasa ini.

Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pra-Persidangan DUN semalam, Adenan berkata antara usul yang disifatkannya sebagai bodoh ialah menukar DUN kepada Parlimen dan memanggil Ketua Menteri Sarawak sebagai Perdana Menteri Sarawak.

“Selain dua usul

Baca Selanjutnya: SPEAKER DUN DIMINTA TOLAK USUL BODOH PEMBANGKANG

KOTA SAMARAHAN – Kerajaan Negeri Sarawak akan memohon peruntukan sebanyak RM500 juta bagi menambah peruntukan yang sedia ada bagi membangunkan kawasan luar bandar Sarawak.

Beliau akan memohon peruntukan tersebut pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula 21 April ini.

“Kita tidak mahu luar bandar ketinggalan. Kasihan penduduk luar bandar, kalau nak cari orang miskin pergi saja ke luar bandar dan kalau cari orang kaya ada di bandar…ini tidak patut.

“Kita mesti bagi luar bandar

Baca Selanjutnya: ADENAN MOHON PERUNTUKAN TAMBAHAN RM500 JUTA UNTUK BANGUNKAN LUAR BANDAR SARAWAK

SIBUTI: Kementerian Dalam Negeri (KDN) bercadang menubuhkan platun Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara bermula di Sarawak.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata penubuhan itu merupakan salah satu program di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi mendekatkan masyarakat dengan KDN dan agensi di bawahnya.

“Kementerian belum melaksanakan cadangan itu di seluruh negara namun saya akan

Baca Selanjutnya: KDN CADANG TUBUH PLATUN JPAM DI SETIAP DUN

Lebih banyak artikel..