29
Ahd, Nov

SRI AMAN - Kerajaan Negeri Sarawak akan memberi tumpuan untuk memelihara semua kubu bersejarah yang terdapat di negeri ini.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem berkata, sebanyak 14 kubu bersejarah telah dikenal pasti di Sarawak ketika ini dan kerajaan negeri akan menyediakan peruntukan untuk memelihara serta memulihara kubu berkenaan.

Justeru, kerajaan negeri bersedia memberikan peruntukan bagi melakukan kerja memelihara kubu-kubu bersejarah yang ada di negeri ini terutama kubu yang dibina pada era pemerintahan Rajah Brooke.

“Kami berusaha memastikan kubu bersejarah di negeri ini menjadi warisan dan kekal bagi tatapan golongan generasi muda nanti,” katanya.

Adenan berkata demikian ketika merasmikan Muzium Warisan (Kubu Alice) Sri Aman di sini, semalam.

Kerja menaik taraf Kubu Alice menjadi Muzium Warisan Sri Aman bermula pada April 2013 dengan kos bernilai RM5 juta dan siap sepenuhnya pada November tahun lepas.

Jabatan Kerja Raya telah dipertanggungjawabkan sebagai agensi pelaksana dan Artikek JFN Sendirian Berhad selaku perunding projek berkenaan.

Turut hadir majlis itu isteri beliau Datin Patinggi Datuk Jamilah Anu, Timbalan Ketua Menteri

Baca Selanjutnya: KERAJAAN SARAWAK BERSETUJU MEMELIHARA SEMUA KUBU BERSEJARAH DI SARAWAK

KUCHING - Pengimport dan peniaga diminta tidak mengambil kesempatan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan menaikkan harga produk atau barangan mereka.

Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing berkata ini termasuk kepada pengimport kenderaan kerana kerajaan mengumumkan harga kereta import sepatutnya turun selepas GST.

Katanya, meskipun demikian masih ada dalam kalangan peniaga dan pengimport kenderaan mengenakan GST iaitu enam peratus.

“Kita mahu semua peniaga dan

Baca Selanjutnya: PENIAGA JANGAN AMBIL KESEMPATAN KE ATAS PELAKSANAAN GST

KUCHING – Sarawak akan diliputi keseluruhan internet menjelang tahun 2030, kata Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Elektrik dan Komunikasi) Datuk Dr Stephen Rundi Utom.

Pada ketika ini kadar internet semasa di negeri Sarawak masih pada tahap 80 peratus dan cabaran semasa yang dihadapi ketika ini ialah kesukaran mendirikan menara kerana bentuk muka bumi Sarawak yang berbukit-bukau.

“Bagaimanapun, kerajaan negeri Sarawak sentiasa memberikan keutamaan untuk meningkatkan prasarana internet dari

Baca Selanjutnya: LIPUTAN INTERNET MENYELURUH SARAWAK PADA TAHUN 2030

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem menafikan sekeras-kerasnya kenyataan pemilik facebook Sarawak4Sarawakians yang menyatakan Ketua Menteri Sarawak telah memberikan respon yang baik ke atas tuntutan Akta Referendum.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Sarawak4Sarawakian telah menghantar Tuntutan Akta Referendum kepada Pejabat Ketua Menteri Sarawak dan diterima wakil Ketua Menteri Sarawak.

“Ya

Baca Selanjutnya: PEJABAT KETUA MENTERI SARAWAK MENAFIKAN KENYATAAN FACEBOOK SARAWAK4SARAWAKIANS

SRI AMAN - Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem mengumumkan kerajaan negeri akan menambah peruntukan untuk menjayakan penganjuran Pesta Benak Sri Aman pada masa akan datang.

Menurut beliau, Pesta Benak Sri Aman yang diadakan ini telah meletakkan Sarawak di atas peta pelancongan dunia. Justeru itu, pesta tahunan itu telah berjaya merancakkan lagi industri pelancongan negeri ini sejajar dengan hasrat kerajaan menjadikan Sarawak sebagai negeri yang popular

Baca Selanjutnya: ADENAN RASMI PESTA BENAK SRI AMAN 2015 DENGAN MERIAHNYA

KUCHING - Sarawak akan menekankan dasar langit terbuka dengan membenarkan lebih banyak penerbangan ke negeri ini sebagai usaha memperkembangkan industri pelancongan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata, Sarawak mempunyai pelbagai produk untuk ditawarkan kepada pelancong, tetapi mempunyai penerbangan terhad termasuk antarabangsa berbanding Sabah.

“Berbanding Sabah, kita agak ketinggalan kerana mereka mempunyai banyak penerbangan ke Kota Kinabalu termasuk antarabangsa

Baca Selanjutnya: DASAR LANGIT TERBUKA AGENDA SARAWAK KEMBANGKAN INDUSTRI PELANCONGAN

KUCHING - Sarawak bakal mendapat mercu tanda baharu dengan pembinaan pembangunan Bandar Borneo Island City dengan kos pembangunan kasar sebanyak RM10.58 bilion.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berkata, pembangunan tersebut akan dibuat dalam tempoh 15 tahun di kawasan seluas 566.5 hektar di daerah Muara Tebas di sini.

Katanya, projek itu merupakan hasil kerjasama erat badan tempatan dan asing bersama-sama dalam membangunkan sebuah bandar hijau yang ikonik dan mapan.

"Saya percaya

Baca Selanjutnya: BORNEO ISLAND CITY ICON BARU SARAWAK

Lebih banyak artikel..

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.