27
Sel, Okt

KUCHING - Fasa kedua pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo dari Tanjung Datu ke persimpangan Lundu hingga Miri akan dilancarkan pada September 2015, demikian menurut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menurut Fadilah lagi pembinaan lebuh raya berkenaan merupakan projek terbesar di negeri Sarawak dengan kos keseluruhannya bernilai RM15 bilion.

“Fasa pertama telah dilancarkan oleh Perdana Menteri melibatkan jajaran sepanjang 43 kilometer (km) dari Simpang Nyalau di Bintulu ke Simpang Bakun dan dijangka siap dalam tempoh 30 bulan.

“Manakala fasa kedua akan dilancarkan pada September ini bermula dari Tanjung Datu hingga ke Simpang Lundu dan dari Simpang Lundu ke Miri.

“Manakala fasa ketiga akan bermula pada 2018 dari Lawas hingga ke Limbang dan keseluruhannya Lebuh Raya Pan Borneo akan siap pada tahun 2020,” katanya ketika mengulas mengenai situasi Pan Borneo yang dirasmikan Perdana Menteri sebelum ini.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama pelancaran Majlis Pelancaran Projek Membina Jalan Empat Lorong dari Bulatan E-Mart, Matang ke Stapok, Batu Kawa, Kuching dan Jambatan Baharu Merentasi Sungai Sarawak yang bernilai RM144 juta di Matang di sini, semalam.

Dalam

Baca Selanjutnya: FASA KEDUA LEBUH RAYA PAN BORNEO BERMULA SEPTEMBER 2015

MIRI: Dakwaan penduduk luar bandar terbeban akibat pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah tidak tepat dan hanya dakwaan liar pembangkang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata beliau baharu balik melawat beberapa kawasan dan tiada penduduk mengadu secara peribadi tertekan akibat GST.

“Penduduk luar bandar masih menjalani kehidupan seperti biasa dan secara peribadi belum ada mana-mana pihak tampil mengadu terbeban akibat pelaksanaan GST,” katanya

Baca Selanjutnya: TIADA PENDUDUK LUAR BANDAR MENGADU TERBEBAN GST

KUCHING: Usaha menggempur pendatang asing tanpa izin (PATI) yang membanjiri Sarawak akan terus diperkasa menerusi penglibatan pelbagai agensi dalam operasi bersepadu untuk membersihkan sarang mereka di negeri ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, operasi yang diketuai Jabatan Imigresen itu akan dijalankan secara berterusan sehingga negeri ini bebas daripada PATI.

Antaranya ialah polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pasukan Gerakan Am

Baca Selanjutnya: OPERASI BERSEPADU MELIBATKAN PELBAGAI AGENSI DIPERHEBAT: WAN JUNAIDI

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memeriksa 1,290 premis sepanjang Ops Bersepadu Pematuhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di seluruh negeri sejak awal bulan ini.

Pengarahnya Stanley Tan memberitahu, daripada pemeriksaan tersebut, sebanyak 25 kes dicatatkan di bawah Akta Timbang dan Sukat, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan serta Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Menurutnya, pelbagai barangan telah dirampas mencecah RM5,000 telah

Baca Selanjutnya: GST: 1,290 PREMIS SUDAH DIPERIKSA

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak mengucapkan jutaan terima kasih Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak atas Pembinaan Jalan Empat Lorong Dari Bulatan E-Mart, Matang ke Stapok, Batu Kawa dan Jambatan Baharu merentasi Sungai Sarawak.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri Kerja Raya dan Menteri Pembangunan dan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak dalam merealisasikan projek ini.

“Dengan hubungan erat yang ditunjukkan kedua-dua pemimpin Ahli Parlimen dan

Baca Selanjutnya: ADENAN SATEM LANCAR PROJEK RM144 JUTA BAGI PEMBINAAN JALAN EMPAT LORONG DI MATANG

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem bersama ribuan masyarakat Kuching telah bersama memeriahkan FIT Malaysia di Padang Merdeka seawal jam 6.00 pagi, di sini.

Fit Malaysia dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bertujuan untuk menggalakkan dan memudahkan rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Pada pagi tadi telah diadakan Larian Fit Malaysia yang terbuka kepada lelaki dan perempuan sejauh 5KM atau 10KM.

FB_IMG_1428804909069

Bagi kategori

Baca Selanjutnya: SEKITAR FIT SARAWAK DI PADANG MERDEKA

KUCHING - Unit filem di Sarawak yang bertindak sebagai pusat sehenti bagi memudahkan urusan pengusaha filem luar negara ke negeri ini akan diperluaskan ke negeri-negeri lain dalam memastikan perkembangan industri perfileman negara.

Ini dinyatakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika sidang media, Sarawak antara negeri yang pertama menyediakan kemudahan sedemikian dan adalah model terbaik untuk dicontohi negeri-negeri lain, di sini.

“Kementerian saya

Baca Selanjutnya: MODEL TERBAIK UNIT FILEM DI SARAWAK AKAN DIPERLUASKAN

Lebih banyak artikel..

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.