01
Kha, Okt

BINTULU – Barisan Nasional (BN) sememangnya sentiasa menunaikan janjinya terutama yang membabitkan keperluan rakyat seperti mana yang ditunjukkan pada hari ini dalam Majlis Perasmian Lebuh Raya Pan Borneo di sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama dengan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem hadir di Majlis Perasmian Lebuh Raya Pan Borneo di R&R Simpang Bakun, Batu 32, Jalan Bintulu/Miri, pagi tadi.

“BN sentiasa merealisasikan manifestonya dalam pilihan raya dengan menunaikan janji seperti yang pernah dijanjikan kepada rakyat.

“Projek yang menilai kos sebanyak RM15 bilion dengan panjangnya 1,067 km dari Sematan ke Lawas dan pembinaan fasa pertama ini melibatkan pembinaan dari Nyabau ke Simpang Bakun sepanjang 43 km,” katanya semasa ucapan perasmian di hadapan kira-kira 15,000 orang.

IMG-20150331-WA0014

Lebih menggembirakan rakyat Sarawak apabila siapnya Lebuh Raya Pan Borneo itu nanti rakyat Sarawak tidak perlu membayar tol.

Dalam pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo ini, kerajaan akan memberikan keutamaan kepada syarikat-syarikat tempatan untuk mengambil bahagian.

“Sebanyak 75 kontraktor tempatan telah dikenal pasti dan dilantik bagi

Baca Selanjutnya: BARISAN NASIONAL TUNAI JANJI BINA LEBUH RAYA PAN BORNEO

BINTULU – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini telah menyerahkan sumbangan berjumlah RM37.7 juta kepada 74,614 pekebun kecil getah di Sarawak.

Sumbangan itu dibuat menerusi Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah (BKKH) dan diharap dapat meringankan beban yang dialami oleh penoreh getah yang terjejas akibat kejatuhan harga bahan komoditi tersebut ketika ini.

Bagi meringankan beban pekebun kecil yang dialami sekarang ini kerajaan bersetuju memberikan bantuan sebanyak RM500.

“Setiap

Baca Selanjutnya: NAJIB SERAH RM37.7 JUTA KEPADA 74,614 PEKEBUN KECIL GETAH SARAWAK

BETING MARO – Kehadiran Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat ke Kampung Kalot pagi tadi dalam rangka lawatan memperkenalkan calon PAS di DUN Beting Maro telah tidak mendapat sambutan dan sambutan dingin.

Hanya sekitar 15 orang sahaja yang diketuai Yang DiPertua PAS Batang Lupar, Abang Ahmad Kerdi hadir bagi menyambut dan bersama Suhaizan Kaiat.

Mengikut perancangan awal, kehadiran Ketua Pemuda PAS itu akan mengadakan pemberian sumbangan berupa barangan keperluan harian kepada beberapa buah keluarga

Baca Selanjutnya: KEHADIRAN KETUA PEMUDA PAS KE BETING MARO TIDAK DAPAT SAMBUTAN

MIRI – Tiada sebarang proses pengislaman pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lutong, Sabrina Ngumbang.

Sebaliknya, dia masih seorang penganut agama Kristian, demikian menurut Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Fatimah Abdullah.

“Melihatkan kepada isu itu sebenarnya Sabrina masih di bawah umur untuk membuat sebarang keputusan.

“Dia masih di bawah umur untuk membuat sebarang keputusan walaupun menyatakan minat untuk memeluk Islam kepada gurunya,”

Baca Selanjutnya: TIADA SEBARANG PROSES PENGISLAMAN SEPERTI DIGEMBAR-GEMBUR PEMBANGKANG

BINTULU – Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak hari ini mengumumkan Projek Pembinaan Tambatan Banjir dan Projek Baik Pulih Rumah Panjang Henry Nuni anak Plen berjumlah RM1.5 juta petang tadi, di sini.

Najib mengumumkan demikian ketika menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Henry Nuny dalam rangka lawatannya di Bintulu selama dua hari.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) sangat prihatin kepada rakyat selaras dengan konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan,”

Baca Selanjutnya: NAJIB UMUM RM1.5 JUTA KEPADA RUMAH PANJANG HENRY NUNI ANAK PLEN

KUCHING - Ibu bapa perlu menjadi pendorong utama kepada anak supaya meminati amalan membaca buku, kata isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Jamilah Anu.

Jamilah berkata, penggunaan teknologi baharu seperti komputer dan telefon pintar dalam kalangan anak dilihat menjadi penghakis minat membaca buku.

“Ibu bapa perlu menjadi pendorong anak agar kembali minat membaca buku dan meluangkan masa bersama anak membaca buku,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan

Baca Selanjutnya: DORONG ANAK MINAT MEMBACA BUKU

KUCHING – Jika DAP Sarawak tetap dengan pendiriannya meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) Sarawak, PKR Sarawak pula tetap bersama PR Sarawak.

Dengan keluarnya DAP Sarawak, PKR dan PAS sahaja yang bergabung dalam membentuk PR Sarawak dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.

Menurut Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian berkata PKR Sarawak tetap dengan pendiriannya menentang pelaksanaan hukum hudud di Malaysia.

“DAP Sarawak bertekad keluar PR Negeri disebabkan hukum hudud

Baca Selanjutnya: PKR SARAWAK TETAP SETIA BERSAMA PAKATAN SARAWAK

Lebih banyak artikel..

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.