27
Sel, Okt

KUALA LUMPUR - PKR Sarawak mengakui kecewa dengan tindakan DAP Sarawak mengumumkan keluar Pakatan Rakyat (PR) Sarawak gara-gara rang undang-undang hudud yang telah dbentangkan oleh PAS di DUN Kelantan baru-baru ini.

Pengerusinya, Baru Bian berkata keputusan itu ternyata amat mengecewakan ahli-ahli dan penyokong PR Sarawak yang kini dalam rangka mengatur persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Saya pasti rakyat Sarawak mahu melihat PR Sarawak yang kuat dan bersatu dalam usaha memberikan saingan kepada Barisan Nasional (BN),” katanya di sini.

DAP Sarawak telah mengumumkan keluar PR Sarawak selepas jawatankuasa DAP Sarawak memutuskannya dengan sebulat suara.

Mengikut senario politik Sarawak, DAP Sarawak sebelum menyertai PR Sarawak pernah berseorangan dalam memperjuangkan agenda politik mereka sebelum membentuk pakatan selepas kemunculan PKR dan kemasukan PAS ke Sarawak.

Dalam PRN Sarawak yang lepas, DAP Sarawak dilihat sebagai parti dominan dan mengetuai PR Sarawak selepas memenangi 11 kerusi DUN Sarawak berbanding PKR hanya 3 kerusi manakala PAS masih belum memenangi sebarang kerusi DUN.

BAU: Kerajaan pusat akan berusaha membantu kerajaan negeri dalam merancakkan pembangunan khususnya di kawasan luar bandar di Sarawak.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, ia adalah permintaan daripada kerajaan negeri menerusi pertemuan yang diadakan semalam.

“Kami mengadakan pertemuan dan mesyuarat yang dihadiri oleh barisan exco bagi kemajuan luar bandar dan Sarawak diwakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang selaku

Baca Selanjutnya: KERAJAAN PUSAT AKAN BANTU RANCAKKAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DI SARAWAK

KUCHING – Cadangan DAP Sarawak mahu keluar Pakatan Pembangkang Sarawak sedikitpun tidak merugikan mereka bahkan DAP Sarawak telahpun mempersiapkan diri untuk berdiri sendiri.

Selama ini DAP Sarawak telahpun bergerak sendirian kerana mereka mempunyai agenda politik tersendiri.

Alasan bahawa mereka (PKR dan PAS Sarawak) tidak memberikan jawapan kepada persoalan hukum hudud hanyalah sekadar alasan.

Seperti di dalam Pakatan Pembangkang di peringkat Pusat, DAP Sarawak juga menganggap PAS Sarawak

Baca Selanjutnya: UGUTAN KELUAR PAKATAN PEMBANGKANG SARAWAK TIDAK BERI KERUGIAN KEPADA DAP

MIRI – Ini bukan tangkapan ikan besar yang pertama berjaya didaratkan nelayan di Miri sebaliknya sebelum ini sebanyak 10 ekor ikan kerapu seberat antara 100 dan 250 kilogram berjaya ditangkap oleh nelayan di sini sejak Julai tahun lalu.

Ini sekali gus membuktikan perairan Miri kaya dengan ikan-ikan spesies besar dan sangat sesuai untuk mereka yang kaki pancing laut dalam.

Terbaru, seekor ikan kerapu seberat 168 kilogram berjaya didaratkan oleh nelayan Miri sekali gus dijual kepada seorang

Baca Selanjutnya: IKAN KERAPU SEBERAT 168 KILOGRAM BERJAYA DITANGKAP

SIBU - Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurusan Sekolah Cina Sarawak telah melahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan negeri khususnya Ketua Menteri Sarawak atas keprihatinan terhadap pembangunan pendidikan Cina di Sarawak.

Ini disuarakan oleh Pengerusinya, Temenggung Vincent Lau pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-14 persekutuan itu di sini semalam dengan berkata, langkah kerajaan dalam memberikan perhatian kepada pendidikan Cina di negeri ini adalah tepat pada masanya.

“Kami

Baca Selanjutnya: MASYARAKAT CINA BERTERIMA KASIH ATAS USAHA KETUA MENTERI SARAWAK BANGUNKAN PENDIDIKAN CINA

KUCHING - Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak akan mempertimbangkan keputusan untuk keluar daripada Pakatan Pembangkang di Sarawak susulan kelulusan rang undang-undang hudud di Kelantan.

Situasi ini tidak mengejutkan kerana selama ini DAP Sarawak bergerak sendirian dengan tidak menyertai PKR dan PAS dalam mana-mana aktiviti anjuran mereka.

Pengerusinya, Chong Chieng Jen berkata tindakan PAS membentangkan undang-undang itu umpama menikam dari belakang dan menyebabkan DAP tidak ada pilihan

Baca Selanjutnya: DAP SARAWAK PERTIMBANG KELUAR PAKATAN PEMBANGKANG SARAWAK

KUCHING – Kenyataannya kini masyarakat Cina di Sarawak mula menunjukkan tanda sokongan ke atas kepimpinan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem dan ini diakui sendiri Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak, Chong Chieng Jen.

Sokongan ini disebabkan sentimen ceria (‘feel good’) Adenan yang memberi banyak impak kepada masyarakat Cina seperti yang kebiasaannya di bawanya sebelum menjadi Ketua Menteri Sarawak lagi.

Ini disokong pula dengan perubahan

Baca Selanjutnya: DAP AKUI MASYARAKAT CINA KINI MULA SOKONG KEPIMPINAN ADENAN SATEM

Lebih banyak artikel..

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.