19
Rab, Feb

BEKENU - Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) adalah acuan terbaik bagi mengeratkan hubungan belia Cina dengan kebudayaan masyarakat tempatan.

Presiden SABERKAS Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata SABERKAS kini mengamalkan pendekatan terbaru bagi menarik minat masyarakat Cina menyertai pertubuhan itu.

“SABERKAS telah berjaya melatih kepimpinan belia-belia Cina supaya mereka kenal kebudayaan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Sarawak seperti mana kita kenal budaya mereka,” katanya pada Majlis Pelancaran Unit-Unit SABERKAS Cawangan Bekenu dan Sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina 2015 di Bekenu semalam.

Masyarakat Cina bukanlah pendatang sebaliknya mereka juga memainkan peranan penting memperkasa kemajuan Sarawak seperti yang sering diperkatakan Ketua Menteri Sarawak.

“Apabila kita mendedahkan peranan masyarakat Cina dalam SABERKAS, mereka akan menunjukkan minat dan memahami fungsi belia dalam mempertahan perpaduan,” jelasnya.

“Peranan SABERKAS kini ialah mempertahankan perpaduan, menambah nilai hidup masyarakat dan memperolehi ilmu-ilmu baharu yang bermanfaat untuk kepentingan bersama semua masyarakat.

Menurutnya, Sarawak kini

Baca Selanjutnya: SABERKAS ACUAN TERBAIK ERATKAN HUBUNGAN BELIA CINA DAN KEBUDAYAAN MASYARAKAT

KUCHING – Mutu pengadilan yang membabitkan perlawanan Liga Super Malaysia 2015 antara Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang Sarawak di Stadium Larkin semalam begitu teruk dan perlu dipertingkatkan dengan segera.

Ini diakui sendiri oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dalam laman facebook miliknya sebaik sahaja selepas perlawanan di Stadium Larkin malam tadi (semalam).

Menurut kenyataan TMJ yang dimuat turun pada FB Johor Southern Tigers, TMJ bersetuju dengan pandangan

Baca Selanjutnya: TMJ: MUTU PENGADILAN LIGA SUPER JDT MENENTANG SARAWAK TERUK

KAPIT – Tiada apa yang mustahil kerana di Sarawak, ikan Empurau merupakan ikan termahal di Malaysia dan mungkin di dunia.

Bayangkan jika harga ikan empurau boleh mencecah RM1,000 sekilogram dan tiada sebab harga seekor ikan empurau mampu mencapai harga ribuan ringgit.

Seorang lelaki di Pekan Song terpaksa membayar RM15,000 bagi mendapatkan seekor ikan empurau.

Bagaimanapun, harga yang dibayarnya itu hanya setengah daripada harga asal bagi setiap sekilogram ikan empurau.

Setelah tawar-menawar di

Baca Selanjutnya: IKAN EMPURAU BERJAYA DIJUAL DENGAN HARGA RM15,000 SEEKOR

KUCHING -  Ramai di kalangan mereka yang hadir dalam Majlis Perasmian Bilik Gerakan Cabang PKR Petra Jaya di Kuching mahu Menteri Besar Selangor, Azmin Ali melihat kembali ceramahnya yang mempersoalkan polisi yang telah diumumkan Ketua Menteri Sarawak.

Azmin Ali yang kini dalam rangka lawatannya dua hari ke Sarawak telah mempersoalkan polisi Kerajaan Negeri Sarawak khususnya dalam isu kekurangan guru di Sarawak dan kuasa imigresen Sarawak.

“Apa salahnya orang Semenanjung datang ke Sarawak untuk

Baca Selanjutnya: RAKYAT SARAWAK TIDAK PUAS HATI CERAMAH AZMIN ALI YANG PERSOALKAN POLISI ADENAN SATEM

MIRI - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia telah menerima sebanyak 41 bantahan sepanjang dua minggu sesi siasatan tempatan terhadap bantahan syor persempadanan semula bahagian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Jumlah bantahan diterima mengikut bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) ialah N.11 Batu Lintang (1), N.13 Batu Kawah (2), N.16 Bengoh (2), P.199 Serian (3), N.18 Tebedu (1), N.19 Kedup (2), P.200 Batang Sadong (1), N.21 Simunjan (3) dan P.201 Batang Lupar

Baca Selanjutnya: SPR TERIMA 41 BANTAHAN PERSEMPADANAN SEMULA BAHAGIAN PILIHAN RAYA NEGERI SARAWAK

KUCHING – Menteri Besar Selangor Azmin Ali merangkap Timbalan Presiden PKR telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia pagi tadi (semalam).

Beliau diiringi Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua Angkatan Muda Keadilan merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Daroyah Alwi Exco Kerajaan Negeri Selangor, Haniza Mohamed Talha Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN) Taman Medan, Baru Bian Pengerusi PKR

Baca Selanjutnya: AZMIN ALI HARGAI SAMBUTAN KETUA MENTERI SARAWAK ATAS KUNJUNGAN RASMINYA

LUNDU - Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem berikrar untuk terus berlaku adil kepada semua rakyat Sarawak, tanpa mengira kaum atau latar belakang selagi memegang tampuk pemerintahan negeri ini.

“Saya adalah Ketua Menteri Sarawak. Saya bukan Ketua Menteri kaum Melayu sahaja, saya bukan Ketua Menteri kaum Cina sahaja, saya bukan Ketua Menteri kaum Iban sahaja, saya bukan Ketua Menteri kaum Bidayuh sahaja atau Orang Ulu sahaja tetapi untuk semua bangsa

Baca Selanjutnya: ADENAN SATEM: SAYA KETUA MENTERI SARAWAK UNTUK SEMUA KAUM

Lebih banyak artikel..