KUCHING - Kejadian membabitkan kes pecah kenderaan yang membabitkan calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Bandar Kuching baru-baru ini disifatkan sebagai mencemar budaya tidak sihat politik Sarawak.
Politik Sarawak terkenal dengan budaya politik bersih tanpa ada pertelingkahan dan perbalahan seperti yang selalu berlaku di tempat lain.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian menyifatkan perbuatan tersebut sebagai suatu tindakan yang tidak sihat dalam menghadapi pilihan raya ini.
"Kita perlu bertanding secara adil dan bukannya menggunakan vandalisme atau kempen negatif dengan memberi ancaman kepada satu sama lain,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media pelancaran Manifesto Stampin di sini, semalam.
Mengenai berita palsu yang kini banyak ditular di media sosial mahupun menerusi risalah, Dr Sim menyeru supaya rakyat di Parlimen Stampin tidak mudah percaya dan terpengaruh dengan dakyah itu.
Perbuatan menyebarluas berita palsu di media sosial mengundang pelbagai reaksi rakyat yang kini semakin dibelenggu rasa sangsi.
"Ketika ini, pembangkang khususnya Parti Tindakan Demokratik (DAP) menguasai penyebaran berita di alam siber dalam menghadapi