19
Rab, Feb

BETONG – Dalam lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ke Sarawak, beliau telah melakukan Pelancaran Projek Pembinaan Dewan Masyarakat Beladin yang bernilai RM3.6 juta yang dihadiri kira-kira 5,000 orang.

Ini merupakan lawatan keempat Perdana Menteri keempat ke daerah Beladin ini dan sehingga kini apa yang telah dijanjikan sebelum ini telahpun dilaksanakan.

“Pelancaran Projek Pembinaan Dewan Masyarakat Beladin pada hari ini membuktikan kerajaan komited dalam memberikan yang terbaik buat rakyat.

“Kerajaan Pusat tidak pernah sesekali meminggirkan pembangunan di Sabah dan Sarawak terutamanya kawasan luar bandar yang menjadi keutamaan kerajaan selepas memenangi pilihan raya lepas”, katanya sambil diberikan tepukan gemuruh para hadirin yang hadir.

IMG-20150227-WA0019_resizedMenerusi pelaksanaan GST yang bermula 1 April akan datang, pendapatan kerajaan akan meningkat dan ini akan digunakan untuk membangunkan kawasan luar bandar dengan prasarana moden termasuk juga meningkat pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Najib juga mengumumkan kerajaan bersetuju untuk meluluskan pembinaan sebuah balai polis yang bernilai RM20 juta dan akan dibina di Kampung Beladin bagi memberikan jaminan

Baca Selanjutnya: KERAJAAN SENTIASA TEPATI JANJI KEPADA RAKYAT

KUCHING – Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak hari ini mengakhiri lawatan kerjanya ke Sarawak selama tiga hari dengan melakukan ‘walkabout’ ke Pasar Medan Niaga Satok di Kubah Ria, pagi tadi.

Warga Kuching telah menunggu kehadiran Perdana Menteri sejak awal pagi lagi untuk tidak melepaskan peluang bertemu dan bersalaman dengan pemimpin nombor satu negara yang amat disayangi.

Menjadi kebiasaan dalam mana-mana lawatan Perdana Menteri akan mengadakan walkabout bagi bertemu

Baca Selanjutnya: NAJIB AKHIRI LAWATAN KE SARAWAK DENGAN ‘WALKABOUT’ KE MEDIA NIAGA SATOK

KUCHING – Malam ini bersempena Ramah Tamah Tahun Baharu Cina Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) bersama Komuniti 2015, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem telah menunaikan janjinya dengan menambah peruntukan pendidikan kepada sekolah Cina.

Dalam rancangan khas Bersama Ketua Menteri Sarawak yang disiarkan secara langsung di RTM tempoh hari, Adenan telah mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri Sarawak bersetuju untuk menambah peruntukan pendidikan kepada

Baca Selanjutnya: ADENAN SATEM TUNAI JANJI TAMBAH PERUNTUKAN PENDIDIKAN KEPADA SEKOLAH CINA

KUCHING – Selepas lima bulan Urban Transformatiion Centre (UTC) yang terletak di Bukit Mata, Kuching ini siap dan telah digunakan sejak Disember tahun lepas akhirnya hari ini (malam ini) ia telah dirasmikan dengan meriah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

“Penubuhan UTC ini mempunyai falsafahnya sendiri selaras dengan keperluan 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

“Kejayaan mengumpulkan 47 jabatan dan agensi serta perniagaan lain di satu bangunan ini

Baca Selanjutnya: NAJIB RAZAK RASMI UTC SARAWAK DENGAN PENUH MERIAH

KUCHING – Hasrat sekumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) propembangkang yang mahu mengadakan Jelajah Pengakuan Salah Laku Liwat II di Kuching pada petang tadi tidak mendapat sambutan.

Tinjauan petang tadi sekitar jam 3 hingga 5 petang, tiada sebarang aktiviti mahupun perhimpunan seperti yang diuar-uarkan dalam media sosial seperti facebook, twitter mahupun blog.

Salah seorang orang awam yang kebetulan melalui Padang Merdeka, tempat berlangsungnya aktiviti atau perhimpunan itu memberitahu

Baca Selanjutnya: JELAJAH PENGAKUAN SALAH LAKU LIWAT II ANWAR IBRAHIM TIDAK DAPAT SAMBUTAN

SARIKEI - Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mengingatkan semua peniaga supaya tidak menjadikan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan dikuatkuasakan pada 1 April akan datang sebagai alasan untuk menaikkan harga barang.

Alasan itu tidak tepat dan bertentangan dengan konsep serta sebab utama GST itu dilaksanakan.

“Jika kita memahami secara mendalam mengenai GST, sebanyak lebih 900 barangan yang terdiri daripada barang keperluan harian tidak dikenakan GST,” katanya

Baca Selanjutnya: PELAKSANAAN GST BUKAN ALASAN UNTUK MENAIKKAN HARGA BARANG

KUCHING – Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan sesekali mengabaikan kawasan luar bandar daripada terus menikmati pembangunan seperti mana di kawasan bandar.

Semenjak memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem menegaskan bahawa antara perkara pertama yang dilakukannya adalah untuk merapatkan jurang keselesaan antara bandar dan luar bandar, jelas beliau semasa ditemu bual di dalam rancangan khas Bersama Ketua Menteri Sarawak, malam tadi.

Baca Selanjutnya: DASAR PEMBANGUNAN LUAR BANDAR AGENDA UTAMA KETUA MENTERI SARAWAK

Lebih banyak artikel..