26
Rab, Feb

KUCHING - Kegagalan enam calon mengemukakan borang pencalonan disebabkan kesilapan diri sendiri selain kegagalan mengikut peraturan yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi bahan kempen politik Parti Tindakan Demokratik (DAP) di sini, Sabtu lepas.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen tanpa segan silu menyalahkan BN dan SPR di atas kegagalan enam calon daripada PH untuk bertanding pada PRU14 ini.

Pada hari penamaan calon Sabtu lepas, enam calon daripada parti Pakatan Harapan (PH) gagal mengemukakan calon disebabkan kegagalan calon itu sendiri gagal mengikut peraturan SPR selain faktor muflis dan didenda mahkamah walaupun perkara ini telah pun dimaklumkan sebelum ini.

Pada hari penamaan calon, PH menerima tamparan besar apabila penyandang kerusi Parlimen Batu yang juga 'orang kuat' Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua gagal bertanding disebabkan beliau pernah dikenakan denda RM2,000 oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada tahun 2013.

Di DUN Rembau, calon PKR S Stream gagal mengemukakan kertas pencalonan apabila tidak dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon kerana gagal menunjukkan pas calon seperti yang disyaratkan SPR. 

Di Kelantan, SPR turut menolak kertas calon

Baca Selanjutnya: Chong Cuba Menakutkan Rakyat Dengan Menyalahkan BN Dan SPR

KUCHING - Calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) Parlimen Bandar Kuching Kelvin Yii mengatakan generasi muda seperti dirinya malu dikenali sebagai rakyat Malaysia.

Ini katanya, imej Malaysia terlah tepalit dengan pelbagai kontroversi sehingga menyebabkan anak-anak muda yang belajar di luar negara malu mengaku sebagai warganegara Malaysia.

"Berikutan imej Malaysia yang telah tercalar, ramai di kalangan generasi muda malu untuk mengakui dirinya rakyat Malaysia," katanya semasa berucap di Ceramah

Baca Selanjutnya: Calon DAP Parlimen Bandar Kuching Malu Dikenali Sebagai Rakyat Malaysia?

SRI AMAN – Pertandingan tiga penjuru diantara calon Parti Barisan Nasional (BN), Calon Pakatan Harapan (PH- PKR) dan juga calon Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) bakal disaksikan berlaku di Parlimen P.202 Sri Aman pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) nanti.

Pertandingan tersebut telah diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen P.202 Sri Aman semalam sebaik sahaja tamatnya proses penamaan calon dan tempoh tamat bantahan bersempena dengan penamaan calon PRU14 yang berlangsung di

Baca Selanjutnya: Pertandingan Tiga Penjuru Di Parlimen P.202 Sri Aman

LAWAS – Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi kerusi Parlimen P.222 Lawas bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan BEBAS.

Pengumuman keputusan pertandingan diantara calon BN Datuk Henry sum Agong, calon (PKR) Danny Piri dan calon BEBAS Mohamad Bin Haji Brahim diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen P.222 Lawas, Husaini Hakim sebaik sahaja selesai proses penamaan calon dan proses bantahan semalam.

Baca Selanjutnya: Pertembungan Tiga Penjuru Di Kerusi Parlimen P.222 Lawas

KUCHING - Mungkin ramai yang tidak perasan atau tidak mengetahui bahawa calon Parti AMANAH Negara (PAN) menggunakan logo dan nama Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) ini.

Bagaimanapun, berbeza halnya dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang berkeras tidak mahu menggunakan logo PKR sebaliknya kekal menggunakan logo roket pada pilihan raya ini.

Berbeza dengan keadaan DAP di Semenanjung dan Sabah, di mana mereka menggunakan logo dan nama PKR pada PRU14 ini selepas nama

Baca Selanjutnya: Parti AMANAH Guna Simbol PKR, DAP Berkeras Guna Logo Sendiri Di Parlimen Sarawak

KAPIT - Penyandang kerusi Parlimen Kapit, Datuk Alexander Nanta Linggi bakal dicabar calon dari Parti Tindakan Demokratik (DAP), Paren Nyawi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen P. 215 Kapit semalam selepas tamatnya proses penamaan calon dan bantahan yang berlangsung di Kompleks Jabatan Kerajaan Negeri  di sini.

Alexander Nanta yang telah lima penggal mempertahankan kerusi Kapit turut  diiringi Ahli Dewan Undangan

Baca Selanjutnya: BN berdepan DAP Di Parlimen Kapit

LIMBANG - Parlimen P. 221 Limbang yang juga merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) menyaksikan bakal berlaku pertembungan satu lawan satu antara penyandang kerusi Parlimen Limbang, Hasbi Habibollah dan calon PKR, Dr Ricardo Yampil Baba.

Pengurus Pejabat Pilihan Raya Parlimen Limbang Jamalie Busri berkata pusat penamaan calon di Dewan Suarah Limbang telah dibuka selama satu jam untuk urusan mengemukakan kertas pencalonan bermula jam 9 hingga 10 pagi, diikuti tempoh bantahan selama satu

Baca Selanjutnya: Kerusi Limbang Menyaksikan Satu Lawan Satu

Lebih banyak artikel..