25
Ahd, Okt

GERAKAN SABAH SARAWAK KELUAR MALAYSIA HARUS DIPANDANG SERIUS

Sarawak
Typography

KUCHING – Gerakan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) yang sekarang ini giat memperjuangkan agenda mereka di media sosial harus dipandang serius oleh pihak berwajib bagi memelihara integrasi nasional di kedua-dua negeri ini.

Biarpun kesan SSKM ini masih belum dirasai, tetapi ia harus ditangani segera memandangkan agenda yang diutarakan mereka ini bersifat cubaan menghasut rakyat.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof yang bimbang akan gerakan SSKM ini berkata ia merupakan satu ancaman baharu kepada rakyat di kedua-dua negeri ini termasuk negara secara keseluruhannya.

Justeru, beliau mengingatkan semua pihak agar tidak memandang remeh gerakan SSKM ini yang disifatkannya sebagai mempunyai agenda tersendiri yang keterlaluan.

Pada ketika ini tiada sebab untuk Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia memandangkan kedua-dua negeri itu pesat pembangunan di bawah kerajaan Barisan Nasional.

Pucuk pimpinan BN khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak sentiasa memberikan perhatian kepada keperluan Sabah dan Sarawak agar ia membangun bersama negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. –KLXPress

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.