31
Sab, Okt

KETUA AMK SARAWAK CABAR KHAIRY JAMALUDIN DEBAT ISU ANWAR

Sarawak
Typography

SIBU - Tindakan UMNO mengadakan ‘roadshow’ bagi menerangkan kepada rakyat mengapa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersalah dalam kes liwatnya adalah satu tindakan yang tidak wajar dan mengaibkan sesama Islam.

Ketua AMK Sarawak, Abdul Rafidin Majidi menyifatkan tindakan UMNO itu mengaibkan dan sebagai tidak wajar kerana mengundang keaiban seorang pemimpin yang disegani, katanya dalam majlis Santai Lepak bersama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau Mat Sabu di Medan Selera, Kampung Bandung malam semalam.

Raafidin mempersoalkan tindakan Ketua Pemuda UMNO yang juga Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang menjemput Ketua Pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai penceramah bagi meyakinkan rakyat bahawa Anwar memang bersalah.

“Ini caranya UMNO membuka aib sesama kita rakyat Islam di hadapan orang ramai. Jika anda semua melihat ceramah beberapa hari lalu oleh Shafee, beliau memberi secara terperinci bagaimana Anwar meliwat Saiful.

“Adakah ini caranya BN membuka aib seseorang di luar mahkamah, katanya.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan tindakan itu kerana ada maksud sebaliknya.

“Sedangkan mahkamah membuktikan Anwar bersalah, tetapi perlukah kerajaan BN membuktikan Anwar bersalah di luar mahkamah adakah kerana Shafee ikon UMNO.

“Adakah Shafee adalah calon di Permatang Pauh. Itulah persoalan yang timbul,” tambahnya.

Justeru, Raafidin mencabar Ketua Pemuda UMNO itu berdebat di mana-mana dan bila-bila masa berhubung perkara ini.

“Biar rakyat menentukan, biar rakyat menjadi hakim. Jika mereka ingin membuka perkara ini di luar mahkamah.-KLXPress