25
Ahd, Okt

NAJIB AKHIRI LAWATAN KE SARAWAK DENGAN ‘WALKABOUT’ KE MEDIA NIAGA SATOK

Sarawak
Typography

KUCHING – Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak hari ini mengakhiri lawatan kerjanya ke Sarawak selama tiga hari dengan melakukan ‘walkabout’ ke Pasar Medan Niaga Satok di Kubah Ria, pagi tadi.

Warga Kuching telah menunggu kehadiran Perdana Menteri sejak awal pagi lagi untuk tidak melepaskan peluang bertemu dan bersalaman dengan pemimpin nombor satu negara yang amat disayangi.

Menjadi kebiasaan dalam mana-mana lawatan Perdana Menteri akan mengadakan walkabout bagi bertemu dan mendengar denyut nadi rakyat.

Kesempatan itu, Najib bersama dengan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem dan beberapa pemimpin Kerajaan Negeri Sarawak meninjau sambil beramah mesra dengan peniaga-peniaga serta pengunjung-pengunjung di Medan Niaga Satok.

IMG-20150228-WA0039Dianggarkan sekitar lebih 2,000 pengunjung menghadiri walkabout Perdana Menteri yang sememangnya peluang mereka untuk mendampingi Perdana Menteri secara lebih dekat.

Rata-rata pengunjung dan peniaga yang ditemui semasa walkabout itu berasa teruja kerana dapat bersalaman dan melihat lebih dekat wajah Perdana Menteri Malaysia yang tidak lokek melontarkan senyuman.

Dalam walkabout itu, Perdana Menteri turut menyampaikan bantuan ihsan kepada 170 keluarga yang mengalami banjir daripada lima buah kampung di kawasan Petra Jaya.

Persatuan Ketua-Ketua Masyarakat Bahagian Kuching turut menyampaikan cenderamata kepada Perdana Menteri sebagai tanda ucapan terima kasih di atas kepimpinannya dalam menerajui kemajuan Malaysia dan Sarawak.

Sebelum mengakhiri walkabout, Perdana Menteri bersama Ketua Menteri Sarawak dan barisan pemimpin Kerajaan Negeri Sarawak menikmati sarapan pagi dengan menikmati Mi Laksa Sarawak. -KLXPress

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.