27
Sel, Okt

RAKYAT SARAWAK TIDAK PUAS HATI CERAMAH AZMIN ALI YANG PERSOALKAN POLISI ADENAN SATEM

Sarawak
Typography

KUCHING -  Ramai di kalangan mereka yang hadir dalam Majlis Perasmian Bilik Gerakan Cabang PKR Petra Jaya di Kuching mahu Menteri Besar Selangor, Azmin Ali melihat kembali ceramahnya yang mempersoalkan polisi yang telah diumumkan Ketua Menteri Sarawak.

Azmin Ali yang kini dalam rangka lawatannya dua hari ke Sarawak telah mempersoalkan polisi Kerajaan Negeri Sarawak khususnya dalam isu kekurangan guru di Sarawak dan kuasa imigresen Sarawak.

“Apa salahnya orang Semenanjung datang ke Sarawak untuk membantu rakyat Sarawak seperti yang dilakukan pemimpin PKR Selangor di Mambong semasa kejadian banjir tempoh hari?”, jelasnya dalam Majlis Perasmian Pejabat Cabang PKR Petra Jaya, di sini malam tadi.

IMG-20150302-WA0022Seperti mana yang jawapan Adenan Satem dalam Rancangan Khas Bersama Ketua Menteri Sarawak yang disiarkan secara langsung di RTM, Kerajaan Negeri Sarawak tidak pernah menyekat mana-mana pihak daripada Semenanjung Malaysia datang ke Sarawak asalkan tidak membawa ideologi yang boleh memecahbelahkan rakyat Sarawak.

Sekatan ini tidak hanya kepada pemimpin politik, tetapi juga kepada mereka yang selama ini mempunyai rekod yang tidak baik dalam cubaan menghasut atau pernah bertindak dalam cubaan membawa pengaruh ekstrem ke Sarawak.

Azmin Ali turut membangkitkan isu kekurangan guru yang mengajar di Sarawak dan dijadikan alasan menyebabkan kemunduran pendidikan rakyat Sarawak.

Bagaimanapun isu ini sedang ditangani oleh Kementerian Pendidikan Malaysia selepas lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin ke Sarawak baru-baru ini.

Kementerian bersetuju untuk memperhalusi cadangan Kerajaan Negeri Sarawak yang mahukan rakyat Sarawak diberikan lebih banyak tempat dalam sektor perguruan bagi menampung kekurangan guru di Sarawak.

“Hal ini disebabkan ramai guru di Semenanjung yang ditawarkan mengajar di Sarawak tidak mahu meneruskan pengajaran mereka dan mengambil keputusan untuk berpindah balik ke Semenanjung selepas 4 bulan mengajar.

“Kebanyakan guru yang dihantar ke Sarawak ditempatkan di kawasan luar bandar dan pedalaman berdasarkan faktor geografi Sarawak”, seperti mana yang diperkatakan Ketua Menteri Sarawak dalam rancangan Bersama Ketua Menteri Sarawak. -KLXPress

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.