25
Sel, Feb

Sebelum Undi 9 Mei Ini Lihat Rekod Najib Dan Tun M Di Sarawak

Sarawak
Typography

SIBU - Adalah lebih adil untuk membandingkan rekod Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan bekas Perdana Menteri 22 Tahun Tun Mahathir di Sarawak dalam menilai siapa yang benar-benar prihatin kepada Sarawak.

Untuk itu, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Openg menyifatkan Dr Mahathir adalah perdana menteri yang kurang prihatin dengan keperluan rakyat Sarawak 

“Sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri beliau abaikan kita (Sarawak), kalau tidak kita sudah lama ada Lebuh Raya Pan Borneo. 

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah 61 kali datang ke Sarawak dalam masa sembilan tahun ini sehingga telah pergi ke semua tempat termasuk di kawasan pedalaman yang terpencil,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sibu Jaya, semalam. 

Lihat apa yang telah dilakukan Tun Mahathir ke atas Sarawak semasa beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun?

Di manakah sumber dan kekayaan Sarawak ketika itu (22 tahun)?

Namun, selepas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, Sarawak juga Sabah telah menerima tempias yang cukup bermakna apabila pembangunan berterusan telah dapat dirasai.

Sepanjang Najib menjadi Perdana Menteri, banyak projek yang telah dibawanya ke Sarawak dan ini seharusnya patut diteruskan demi kerancakan pembangunan dan kemajuan di negeri ini. 

"Rakyat Sarawak jangan risau kerana kerajaan negeri mempunyai kerjasama erat dengan kerajaan pusat di Putrajaya. 

 

"Justeru, saya mahu anda semua memberikan mandat penuh kepada calon BN Kelvin (kong Sien [email protected] Kong) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini supaya Sibu mempunyai suara di Putrajaya,” tambahnya.