25
Sel, Feb

10,436 Anggota Polis Dan Pasangan Melaksanakan Pengundi Awal Di Sarawak

Sarawak
Typography

KUCHING - Seramai 10,436 orang pegawai, anggota dan pasangan masing-masing bagi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di seluruh negeri Sarawak akan menunaikan tanggungjawab melaksanakan pengundian awal yang berlangsung hari ini, 5 Mei 2018 bermula jam 8 pagi hingga 5 petang ini.

Pada hari ini, seramai 844 orang anggota dan pasangan akan melaksanakan tanggungjawab pengundian awal di MES Pegawai Ibu Pejabat Polis Kontigen (IPK) Sarawak bagi Parlimen P.194 Petra Jaya di sini hari ini.

Turut hadir melawat ke ke Pusat Pengundian awal pagi ini calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Ir. Mohd Irwan Mohd Nor yang tiba sekitar jam 8.15 pagi.

Manakala, calon BN Dato' Sri Fadillah Yusof tiba sekitar jam 9.45 pagi.