25
Sel, Feb

Rakyat Sibu Perlukan Wakil Rakyat BN Mereka Sudah Kecewa Dengan DAP

Sarawak
Typography

SIBU - Selepas menyaksikan kegagalan pemerintahan wakil rakyat Parti Tindakan Demokratik (DAP) mentadbir Parlimen Sibu, kini sudah tiba masanya rakyat Sibu berubah dengan memilih wakil rakyat Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) ini.

Jika, rakyat Sibu memilih calon BN pada PRU14 ini beliau boleh memilih bekerjasama dengan wakil rakyat Dewan Undangan Negeri(DUN) Bawang Assan dan Nangka memajukan kawasan ini. 

Calon BN Parlimen Sibu Datuk Andrew Wong berkata beliau berasa simpati melihat wakil rakyat DUN Bawang Assan dan DUN Nangka yang membangunkan kawasan masing-masing tanpa bantuan daripada kerajaan persekutuan selepas kawasan itu diwakili pembangkang.

"Dengan kawasan Parlimen Sibu yang luas, saya berasa simpati melihat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan Dato Sri Wong Soon Koh dan ADUN Nangka Dr Annuar Rapa’ee membangunkan kawasan masing-masing. 

"Justeru, saya meminta rakyat Sibu untuk memberikan kemenangan kepada BN sekaligus membolehkan saya menyokong Dato Sri Wong dan Dr Annuar membangunkan Parlimen Sibu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Makan Tengah Hari dan Pemimpin Bersama Rakyat di sini semalam. 

Parlimen Sibu sebelum ini telah ditadbir pembangkang selama dua penggal dan sepanjang tempoh itu tiada apa pembangunan yang dibawa selain daripada mengkritik kerajaan kononnya mereka ini membuat kerja.

Bagi mengelak keadaan ini berlaku lagi, Andrew berharap BN dapat menawan semula kerusi Parlimen Sibu setelah hampir dua penggal dikuasai pembangkang. 

Beliau memberitahu, tidak lupa kepada sokongan padu komuniti Iban memberi sokongan kepada BN selama ini. 

“Saya tidak lupa kepada sokongan anda semua,” katanya sambil memberitahu telah berkunjung ke hampir semua rumah panjang di DUN Bawang Assan. 

 

Majlis itu dihadiri ADUN Bawang Assan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Perdagangan Dato Sri Wong Soon Koh, Temenggung Stanley Geramong, Pemanca James Semilan, pengerusi penganjur Andrew Shilling serta kira-kira 500 hadirin.