25
Sel, Feb

Pilih Wakil Rakyat Yang Mudah Didamping Dan Sentiasa Turun Padang

Sarawak
Typography

BAU - Rakyat di kawasan Parlimen Mas Gading memerlukan wakil rakyat yang mudah didampingi dan sentiasa turun padang bagi bertemu dengan rakyat dalam mengetahui permasalahan yang mereka hadapi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Dato Henry Harry Jinep berkata, selain itu rakyat di kawasan tersebut juga memerlukan wakil rakyat yang komited serta mampu membantu menyelesaikan masalah mereka. 

Tidak seperti pembangkang yang hanya muncul secara tiba-tiba apabila tibanyanya musim pilihan raya dalam usaha untuk meraih sokongan dan undi.

Perbuatan sebegini tidak sewajarnya berlaku memandangkan pilihan raya adalah untuk kita memilih 'wakil rakyat' yang sentiasa bersama rakyat sama ada susah atau senang untuk membawa isu dan permasalahan mereka ke peringkat atasan.

“Sikap sebegini membuktikan bahawa pembangkang hanya mahu menang tetapi tidak membuat kerja dan berkhidmat kepada rakyat. 

“Berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang benar-benar ikhlas membantu rakyat secara berterusan, bukannya hanya pada musim pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penyerahan Baucar Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Sumbangan Yayasan Sarawak di Pentas Utama, Dataran Bau di sini, semalam.

Katanya lagi, beliau sering turun padang sejak menjadi wakil rakyat Tasik Biru dua tahun lalu.

Tidak cukup dengan itu, saya sering bekerjasama dengan penyandang kerusi Parlimen Mas Gading untuk membantu rakyat dan membawa pembangunan ke kawasan tersebut. 

"Tidak susah bekerjasama dengan penyandang dan ini membolehkan peruntukan secara bersama dapat disalurkan kepada rakyat di kawasan.

“Justeru, saya memohon kepada penduduk terutama pengundi di kawasan ini untuk terus memberikan sokongan kepada kerajaan BN pada hari pengundian 9 Mei ini,” katanya. 

Mengenai majlis ini, seramai 507 dari 25 buah sekolah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tasik Biru menerima bantuan pada tahun ini. 

Pemberian bantuan baucar sebanyak RM200 setiap seorang katanya, bertujuan untuk meringankan beban kewangan ibu bapa dalam menyediakan peralatan sekolah mereka. 

 

“Saya harap para penerima akan menggunakan baucar ini sebaik mungkin sejajar dengan objektifnya membolehkan pelajar membeli buku untuk pembelajaran,” katanya.