03
Rab, Mac

Sebastian Ting Tahu Kapasiti Sebagai Ahli Parlimen - Abang Zohari

Sarawak
Typography

MIRI - Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Miri Datuk Sebastian Ting selayaknya diangkat sebagai Ahli Parlimen Miri pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) ini.

Ini disebabkan pengalaman luasnya dalam hal pentadbiran negeri dan negara selepas pernah menjadi Setiausaha Politik kepada bekas Ahli Parlimen Miri Tan Sri Peter Chin.

"Sebastian seorang yang berpengalaman. Dia pernah menjadi Setiausaha Politik (bekas Ahli Parlimen Miri) Tan Sri Peter Chin. Dia kenal cara mentadbir negeri dan negara. Sebab itu kita memilih Sebastian Ting. Sebastian pun tahu kapasiti. Kalau menang, dia boleh tolong kita, kawasan Miri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah blok pentadbiran Sekolah Menengah (SM) Pei Min, hari ini. 

Menyentuh mengenai Ahli Parlimen Miri, Abang Zohari yang merupakan Pengerusi BN Sarawak berkata sudah tiba masanya penduduk Miri memberikan kembali kepercayaan ini kepada calon BN.

"Kalau kita ada MP (Ahli Parlimen) yang tidak cakap, apa mahu buat, dia tidak cakap. Bukan Barisan (BN) protes, PKR (Parti Keadilan Rakyat) pun protes. Orang sendiri protes," merujuk kepada sebahagian daripada penyokong Pakatah Harapan (PH) tidak bersetuju dengan calon PKR Dr Michael Teo ini.

 

Abang Zohari turut menjelaskan kemenangan BN di Miri dapat membantu BN membangunkan potensi Miri khasnya dalam industri pelancongan sekali gus `A Greater Miri' (Miri Yang Lebih Hebat).