03
Rab, Mac

Jentera BN Perlu Peka Helah Saat Akhir Pembangkang

Sarawak
Typography

KUCHING - Seperti kebiasaan di saat akhir berkempen, pembangkang akan menggunakan helah dalam mempengaruhi rakyat dan pengundi seperti yang pernah mereka lakukan pada Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) lepas.

Justeru, jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) perlu peka dengan helah yang akan mereka gunakan menjelang tamatnya tempoh berkempen sehari sahaja lagi.

Ini termasuklah mengedarkan maklumat atau perkara yang tidak berasas sehingga boleh mendatangkan kemarahan kepada penundi.

"Adalah agak kritikal bagi kita untuk memantau di setiap kawasan agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak berasas yang diedarkan pihak lawan bagi membangkitkan kemarahan pengundi terhadap BN," katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui media di Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Olympiad Matematik dan Sains Peringkat Negeri Sarawak 2018 di Auditorium Pendidikan Negeri di sini, hari ini.

Ditanya mengenai peluangnya pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) ini, Fadillah yang juga Menteri Kerja Raya menjelaskan beliau optimis pengundi di kawasan Parlimen Petra Jaya akan memberikan kemenangan kepada BN.

Bagaimanapun, beliau terus mengingatkan pengundi terutama penyokong BN supaya tidak terlalu selesa sehingga lupa untuk keluar mengundi pada 9 Mei nanti.

"Selepas mengharungi tempoh berkempen selama 10 hari, kini sudah tiba masanya jentera parti menggerakkan pengundi untuk turun mengundi pada hari pembuangan undi pada Rabu ini.

 

"Kita memerlukan majoriti yang besar dalam mencapai kemenangan di Petra Jaya dan begitu juga di kawasan lain-lain parlimen," katanya