03
Rab, Mac

Pemasangan Lampu Isyarat Telah Melancarkan Aliran Trafik Di Kawasan Demak

Sarawak
Typography

KUCHING - Pemasangan lampu isyarat di persimpangan Jalan Demak 1 yang menelan kos sebanyak RM530,000 telah siap dan mula berfungsi sepenuhnya hari ini.

Projek itu merupakan sebahagian daripada salah satu Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut.

Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Santubong, siapnya lampu isyarat ini telah melancarkan aliran trafik menuju ke kawasan Demai dari Bandaraya Kuching.

"Dianggarkan sebanyak 2,470 kenderaan melalui jalan ini setiap satu jam.

"Menerusi siapnya pembinaan lampu isyarat ini dapat mengurangkan risiko kemalangan jalan raya," katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Lampu Isyarat tersebut di sini, hari ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland bin Abang Hipni.

 

Pemasangan lampu isyarat ini mula dilaksanakan pada 6 Disember lalu dan siap pada 30 Mac.