12
Isn, Apr

Terus Beri Sokongan Padu Kepada BN – Wan Junaidi

Sarawak
Typography

KUCHING – Sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) mampu membawa banyak pembangunan yang mampan kepada rakyat.

Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Dr Hj Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, sepanjang pemerintahan BN banyak pembangunan telah dikecapi lebih-lebih lagi rakyat di Sarawak.

“Syukur segala pembangunan akan berjaya di bawa dan memberi kesenangan kepada rakyat seperti pembinaan klinik ini. 

“Persoalan pembinaan klinik melibatkan banyak perkara seperti tanah dan kami sentiasa mencari jalan penyelesaian dan akhirnya tapak ini dikekalkan. 

"Kerjasama yang erat kerajaan negeri dan pusat serta pemimpin masyarakat memudahkan segala kemudahan yang diperlukan rakyat dilaksnakan dengan baik,” katanya ketika berucap di Majlis Pecah Tanah Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Kampung Bintawa di sini, semalam.

Wan Junaidi yang juga calon BN Parlimen Santubong memberitahu bahawa peruntukan RM200 ribu telah diluluskan sebelum ini dan tambahan sebanyak RM200 ribu lagi bagi pembinaan serta ditambahkan RM100 ribu untuk untuk keperluan seperti kerusi meja dalam klinik. 

“Kita akan memohon kepada Perdana Menteri agar pelbagai kemudahan dilaksanakan kiranya menang dalam pilihan raya,” ujarnya lagi.

Beliau dalam ucapannya juga berharap rakyat memberi sokongan yang kuat dan padu  kepada calon BN untuk terus diberi mandat sebagai wakil rakyat dan memerintah kerajaan serta Manifesto BN akan terus dilaksanakan demi rakyat.