25
Sel, Feb

Program Lambaian Baitullah Bersama Bakal Jemaah Haji Bahagian Sibu

Sarawak
Typography

SIBU – Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak bahagian Sibu pada malam tadi telah menganjurkan program Lambaian Baitullah Bersama Bakal Jemaah Haji Bahagian Sibu yang diadakan di bilik seminar Masjid An-Nur ,  Jalan Awang Ramli Amit, di sini.

Sekitar 100 orang bakal jemaah haji pada tahun ini bagi bahagian Sibu telah hadir pada program tersebut di mana program turut dihadiri Haji Mohamad b.Salim Timbalan Pengarah Tabung Haji Sarawak, Hj.Amran Pengurus Tabung Haji Cawangan Sibu dan Hj.Latip bin Kupon Pengerusi Jawatankuasa Masjid An-Nur, Sibu.

Kesemua Jemaah haji tersebut akan berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah Haji mereka pada bulan Julai yang akan datang dan program tersebut juga diadakan adalah  sebagai doa selamat bagi meraikan mereka.