25
Sel, Feb

Len Talif Salleh Hadiri Program Pemimpin Bersama Rakyat

Sarawak
Typography

SARIKEI – Menteri Muda Perancangan Bandar dan Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N. 41 Kuala Rajang Datu Haji Len Talif Salleh pada malam tadi telah menghadiri program Pemimpin Bersama Rakyat yang diadakan di Padang Intergrasi Kampung Baru Seberang di sini.

Sekitar 1,500 tetamu telah hadir pada majlis berkenaan yang turut dihadiri Menteri Muda Hal Ehwal Koperat merangkap ADUN N. 42 Semop Abdullah Hj Saidol, ADUN N. 46 Meradong  Datuk Ding Kuong Hing, ADUN N. 45 Repok yang juga calon BN bagi kerusi Parlimen P.208 Sarikei Datuk Sri Huang Tiong Sii dan Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Teng Ung Woo.

Program tersebut juga  lebih kepada sesi memperkenalkan calon P. 206 Tanjung Manis Ir. Yusuf Bin Abd Wahab kepada hadirin dan pengundi untuk kawasan DM Seberang.

Sementara itu,dalam ucapan ringkas Len Talif memaklumkan bahawa calon BN bagi  P. 206 Tanjung Manis merupakan pilihan terbaik dan dipersetujui oleh pemimpin tertinggi parti.

Pengalaman yang ada pada Yusuf Abd Wahab juga dilihat  mampu untuk membawa pembangunan untuk kawasan Tanjung Manis pada masa akan datang.

Ujarnya lagi, hanya parti BN yang mampu memberi khidmat dan menunaikan janji dan manifesto untuk manfaat kepada rakyat berbanding dengan parti pembangkang yang dilihat hanya mampu menabur janji manis dan tidak akan menunaikannya.