27
Sel, Okt

Bomba Padam Kebakaran Longgokan Kayu Di Bangunan Lama

Sarawak
Typography

KUCHING – Satu kebakaran longgokan kayu yang terdapat di bangunan lama yang dirobohkan telah dilaporkan berlaku di Jalan Demak Laut 3, Demak Laut Industrial, di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sarawak berkata, bomba menerima laporan berkenaan kebakaran pada jam 2.20 pagi.

Sebaik laporan diterima, anggota bomba telah digerakkan ke lokasi kejadian.

“Komander operasi melaporkan, kebakaran melibatkan longgokan kayu dan beberapa batang kayu balak di bangunan lama yang sedang dirobohkan.

“Longgokan kayu tersebut telah terbakar 100 peratus  dan pihak Bomba telah bertindak membuat pemadaman dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya,”katanya.

Beliau turut memaklumkan  kebakaran tiada melibatkan kemalangan jiwa.

 

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.