19
Rab, Feb

Sarawak Hormati Keputusan Yang Rakyat Malaysia Buat

Sarawak
Typography

KUCHING- Kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri Sarawak dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan kepada pihak media semalam merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada parti Pakatan Harapan atas kejayaannya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada Rabu lepas.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg berkata, kerajaan Barisan Nasional amat menghormati keputusan yang telah rakyat Malaysia buat.

Tambahnya, keutamaan Sarawak pada masa kini adalah untuk menuntut hak Sarawak yang terhakis dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Justeru itu, kerajaan Negeri katanya  akan memantau rapat segala janji dalam manifesto Pakatan Harapan untuk lima tahun akan datang, terutama yang berkaitan dengan negeri ini.