25
Sel, Feb

Dua Ahli Parlimen, Seorang Bekas Menteri Sertai PKR

Sarawak
Typography

KUCHING - Dua orang Ahli Parlimen Bebas dan seorang bekas menteri telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, semalam.

Ahli Parlimen Bebas yang menyertai PKR ialah Ahli Parlimen Lubok Antu Jugah Muyang dan Ahli Parlimen Julau Larry Sng Wei Shien.

Sementara itu, bekas menteri yang juga bekas Timbalan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang turut menyertai PKR ialah Datuk Joseph Entulu.

Perkara ini telah disahkan dan diumumkan Ketua Wanita PKR yang juga Ahli Parlimen Ampang Zuraidah Kamaruddin.

Kedua-dua mereka menyertai PKR atas alasan yakin dengan kepimpinan parti yang bakal diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke Lapan kelak.

Pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14), PKR memenangi empat kerusi iaitu Parlimen Puncak Borneo, Saratok, Selangau dan Miri.

 

Kemasukan dua Ahli Parlimen Bebas ke PKR itu menjadikan jumlah kerusi terkini PKR ialah enam