25
Sel, Feb

Mahu Setiap Kepimpinan PH Bersifat Pro-Rakyat - Muhyiddin

Sarawak
Typography

KUCHING - Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Tan Sri Muhyidin Yassin mahu kepimpinan Pakatan Harapan (PH) bersifat pro-rakyat dengan meletakkan kepentingan rakyat sebagai matlamat utama yang perlu dilaksanakan oleh parti tersebut berbanding kepentingan parti.

Sebelum ini, Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian dalam satu kenyataannya berkata beliau tidak akan memberi peruntukan kecil kepada pada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) untuk melindungi PH.

“Sebagai kerajaan yang prihatin dan memahami kehendak rakyat, PH harus mengambil kira kepentingan semua pihak tidak kira jika berlainan ideologi.

“Saya sudah memaklumkan perkara ini kepada Menteri Besar Johor untuk memperbetulkan kenyataan beliau untuk memberi sokongan dan peruntukan terutamnya dari segi infrastuktur kepada pembangkang kerana PH adalah satu parti yang adil.

“Saya mahu tekankan di sini, bahawa PH adalah kerajaan baharu dan kami mahu tolong rakyat. Jadi, peruntukan akan diberikan untuk pembangunan mana-mana kawasan pembangkang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Rehabiliti Cheras, semalam.