27
Sel, Okt

KOLABORASI PENDIDIKAN BERI BANYAK MANFAAT KEPADA PELAJAR KOLEJ KOMUNITI

Sarawak
Typography

KUCHING - Pengujudan kolaborasi dalam bidang pendidikan kini telah membuka ruang yang seluas-luasnya kepada lebih ramai pelajar khususnya pelajar teknikal untuk menempatkan diri dalam sektor pekerjaan selepas keluar daripada institusi pendidikan.

Hal ini disuarakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan YAB Datuk Patinggi Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin dalam Majlis Kolaborasi Strategik Kolej Komuniti Wilayah Sarawak bersama SCORE dan Industri Berimpak Tinggi yang diadakan di Kolej Komuniti, Jalan Sultan Tengah, hari ini.

"Usaha bagi kolaborasi ini sangat bermanfaat kepada semua pihak kerana graduasi yang ditawarkan bekerja di semua koridor ekonomi negara akan mengurangkan kebergantungan negara kepada tenaga asing.

"Hasil daripada kalobarasi ini seramai 1,850 graduan telah dikeluarkan pada tahun lepas dan telah ditempatkan di semua koridor wilayah ekonomi negara.

Usaha sama seperti ini amat memberi maanfaat kepada golongan muda yang menuntut di Kolej Komuniti kerana jaminan untuk mendapat peluang pekerjaan terbuka luas.

Hadir sama di majlis itu isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Patinggi Puan Sri Hajjah Noorainee binti Abdul Rahman, YB Tan Sri Mawan Ikom mewakili Ketua Menteri Sarawak, YB Datuk Amar Haji Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg, Menteri Pelancongan dan Perumahan Negeri Sarawak serta isteri, YB Dato' Haji Fadillah Yusof, Menteri Kerja Raya Malaysia, YB Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hassan, Menteri Kemudahan Awam, YB Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Haji Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri, YBhg Tan Sri Morshidi Gani, Setiausaha Kerajaan Negeri dan YBhgDato Amir bin Md. Noor, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dianggarkan seramai 1,500 orang hadir yang terdiri daripada pelbagai kaum, jabatan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, ketua-ketua masyarakat dan institusi pendidikan tempatan.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.