25
Jum, Sep

ADENAN SATEM LANCAR LAMAN WEB PBB DAN PENDAFTARAN KEAHLIAN PBB ATAS TALIAN

Sarawak
Typography

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) hari ini mencipta sejarah apabila laman web rasmi PBB telah dilancarkan dengan rasminya oleh Presiden PBB Sarawak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan bin Haji Satem.

Majlis pelancaran laman web PBB telah diadakan pagi tadi bertempat di Ibu Pejabat PBB dan dihadiri kesemua Ahli Majlis Tertinggi PBB.

PBB merupakan salah satu dari empat komponen BN Sarawak selain Sarawak United Peoples' Party (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Pelancaran itu menandakan PBB hari ini tidak ketinggalan dalam menggunapakai teknologi maklumat dalam menyalurkan maklumat berhubung latar belakang dan sejarah PBB kepada generasi baharu.

Laman web PBB boleh dilayari menerusi alamat pbb.org.my yang memuatkan pelbagai cerita menarik mengenai PBB dan aktiviti semasa.

Dalam pada itu, serentak dengan pelancaran laman web PBB turut dilancarkan pendaftaran atas talian ahli PBB.

Kemudahan pendaftaran atas talian ahli PBB ini memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Sarawak khususnya golongan belia dan mereka yang tinggal di luar Sarawak untuk mendaftar sebagai ahli PBB.

Selepas pelancaran laman web PBB telah diadakan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi PBB yang berlangsung di Ibu Pejabat PBB, Jalan Bako.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.