31
Sab, Okt

JASA AGIH 115 HAMPER SEMPENA TAHUN BAHARU CINA 2015

Sarawak
Typography

KUCHING – Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak dengan kerjasama Hospital Umum Sarawak (HUS) telah mengadakan Program Jalinan Kasih bersempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2015.

Program ini bertujuan membawa semangat perayaan dan pada masa yang sama memberikan sokongan positif kepada pesakit di wad agar mereka ini cepat sembuh.

“Program seperti ini sangat memberi makna kepada pesakit yang selama ini menderita akibat sakit yang sedang mereka alami jelas YB Datuk Abdul Karim Hamzah, Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Belia Sarawak yang ditemani isterinya Datin Hajjah Zuraini bte Abdul Jabbar dalam Program Jalinan Kasih yang berlangsung di HUS petang tadi.

“Apa yang dilakukan JASA Sarawak seharusnya dipuji dalam usaha kita sama-sama meraikan Tahun Baru Cina yang akan disambut tidak lama lagi. Sebanyak 115 buah hamper telah diagihkan kepada pesakit di dalam Radio Therapy Unit (RTU) di Aras 3, 4 dan 5.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pengarah JASA Malaysia, Datuk Abu Talib Harun memberitahu program seumpama ini bukan hanya diadakan di Sarawak bahkan turut diadakan di beberapa negeri seluruh Malaysia.

“Ini adalah inisiatif kerajaan dalam usaha memupuk setiap di kalangan rakyat Malaysia meraikan setiap perayaan yang disambut pelbagai kaum termasuk Tahun Baharu Cina.

“Selain Kuching, program yang sama ini akan turut diadakan di Hospital Umum Miri pada esok hari.

Sepanjang pengagihan, jelas terpancar sedikit keceriaan di wajah pesakit yang masih menerima rawatan di HUS ini.

Hadir sama di majlis itu Dato’ Hajjah Norhayati bin Harun, Pegawai Tadbir Khas di Jabatan Ketua Menteri, Pengarah JASA Sarawak En Hassan Busu, Timbalan Pengarah Pengurusan HUS, En Ajis ak Sagam dan Ketua-ketua Jabatan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia Cawangan Sarawak. -KLXPress

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.