25
Ahd, Okt

PESAKIT DI HOSPITAL MIRI DIRAIKAN BERSEMPENA TAHUN BAHARU CINA

Sarawak
Typography

MIRI – Pesakit di Hospital Miri telah diraikan dalam satu majlis penyerahan hamper bersempena sambutan Tahun Baharu Cina 2015 yang akan diraikan pada 19 Februari ini.

Menteri Muda Sukan dan Menteri Muda Perhubungan Sarawak merangkap ADUN N.65 Senadin, Datuk Lee Kin Shin memberitahu sumbangan ini merupakan daripada kerajaan BN sebagai berkongsi kegembiraan bersempena Tahun Baharu Cina.

“Menerusi sumbangan hamper ini sedikit sebanyak dapat memberikan motivasi kepada pesakit yang kini sedang menerima rawatan.

“Kunjungan ini merupakan suatu perkara yang boleh dipergiatkan lagi pada masa akan datang khususnya dalam meraikan setiap perayaan di Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sumbangan hamper di Majlis Jalinan Kasih anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak dengan kerjasama Hospital Miri, pagi tadi. Seramai 30 orang pesakit di Wad 6, Hospital Miri telah menerima sumbangan berupa hamper. Rata-rata pesakit yang menerima sumbangan hamper ini mengalirkan air mata sebagai tanda kegembiraan dengan kunjungan pemimpin dan sumbangan yang diberikan. Salah seorang pesakit, Ng Nyuk Yin, 101 tahun, yang kini sedang dirawat akibat penyakit Case of Upper Gastro Intestinal Bleed berasa gembira dengan lawatan yang diterimanya daripada pemimpin. -KLXPress

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.