25
Ahd, Okt

LABI-LABI GERGASI GEMPARKAN PENDUDUK KAMPUNG PANGTRAY

Sarawak
Typography

DARO – Penduduk Kampung Pangtray telah dikejutkan dengan tertangkapnya seekor labi-labi gergasi oleh seorang penduduk pada kira-kira jam 11 pagi semalam.

Ketika sedang memancing, beliau telah dikejutkan apabila mata pancingnya terasa begitu berat dan mendapati ia adalah seekor labi-labi.

Haiwan yang jarang dijumpai itu dianggarkan mempunyai berat lebih 100 kilogram.

Ekoran daripada hasil tangkapan itu, penduduk tersebut bercadang menjualnya di pasar Sibu dan buat sementara waktu ini beliau akan menyimpannya terlebih dahulu di rumah.

Dianggarkan harga haiwan hampir pupus itu boleh mencecah RM2,000 berdasarkan beratnya.

Berdasarkan gambar labi-labi itu mungkin daripada spesies Amyda Cartilaginea. -KLXPress

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.