31
Sab, Okt

DASAR PEMBANGUNAN LUAR BANDAR AGENDA UTAMA KETUA MENTERI SARAWAK

Sarawak
Typography

KUCHING – Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan sesekali mengabaikan kawasan luar bandar daripada terus menikmati pembangunan seperti mana di kawasan bandar.

Semenjak memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem menegaskan bahawa antara perkara pertama yang dilakukannya adalah untuk merapatkan jurang keselesaan antara bandar dan luar bandar, jelas beliau semasa ditemu bual di dalam rancangan khas Bersama Ketua Menteri Sarawak, malam tadi.

“Kemudahan seperti jalan raya, air dan elektrik merupakan perkara asas yang perlu diberikan perhatian sebelum kita pergi kepada yang lebih besar lagi.

“Dalam meneruskan pembangunan luar bandar ini, kita (Kerajaan Negeri Sarawak) masih belum terlambat untuk melaksanakannya dan atas sebab itu kita tidak menolah ke belakang lagi.

Kemudahan awam seperti jalan raya dan bekalan air dan elektrik menjadi tumpuan utama kerajaan dalam merealisasikan Sarawak mencapai negara maju tahun 2030.

Ini sekaligus dapat mengurangkan penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar dalam mencari pekerjaan dan peluang ekonomi apabila pembangunan luar bandar direalisasikan.

Untuk merealisasikan hasrat itu, kerajaan telah bersetuju dan telahpun dilaksanakan pada awal Januari ini dengan mengurangkan tarif elektrik seperti yang telah diumumkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang lepas.

“Antara langkah pertama yang kita lakukan ke arah merapatkan jurang bandar dan luar bandar ialah dengan mengurangkan tarif elektrik domestik sehingga 40 peratus untuk meringankan beban rakyat kita.

 “Kita telah membina banyak empangan hidroelektrik dengan mengenakan tarif elektrik istimewa kepada pelabur asing, bagaimanapun kenapa tidak kita memberi keistimewaan itu kepada rakyat kita sendiri?” tegasnya sambil diberikan tepukan gemuruh hadirin yang hadir.

Dengan penekanan yang diberikan Adenan dalam membangunkan kawasan luar bandar selepas ini tiada lagi alasan untuk masyarakat luar bandar untuk tidak menyokong BN Sarawak. -KLXPress

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.