31
Sab, Okt

ADENAN SATEM TUNAI JANJI TAMBAH PERUNTUKAN PENDIDIKAN KEPADA SEKOLAH CINA

Sarawak
Typography

KUCHING – Malam ini bersempena Ramah Tamah Tahun Baharu Cina Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) bersama Komuniti 2015, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem telah menunaikan janjinya dengan menambah peruntukan pendidikan kepada sekolah Cina.

Dalam rancangan khas Bersama Ketua Menteri Sarawak yang disiarkan secara langsung di RTM tempoh hari, Adenan telah mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri Sarawak bersetuju untuk menambah peruntukan pendidikan kepada sekolah Cina.

Pada malam ini ternyata Ketua Menteri Sarawak menunaikan janjinya dengan mengumumkan tambahan RM1 juta menjadikan jumlah peruntukan yang diberikan kepada pendidikan sekolah Cina di Sarawak berjumlah RM4 juta pada tahun ini.

“Masyarakat Cina amat mementingkan pendidikan dan atas sebab itu saya tidak keberatan untuk terus membantu demi kemakmuran mereka”, katanya sambil diberikan tepukan gemuruh hadirin yang hadir di Dewan Masyarakat MBKS, malam tadi.

Antara mereka yang hadir Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak serta isteri, Datuk Jamilah Anu isteri Ketua Menteri Sarawak, Menteri Kabinet Sarawak, Datuk Bandar MBKS dan semua ketua masyarakat di bawah pentadbiran MBKS.

IMG-20150227-WA0071Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memberitahu kerajaan Pusat sangat menghargai dan mengiktiraf sumbangan kaum Cina terhadap pembangunan negeri Sarawak.

Atas sebab itu, kita (kerajaan Pusat) sentiasa menyokong kepimpinan Kerajaan Negeri Sarawak di bawah pentadbiran Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem.

“Teruskan sokongan anda kepada Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem sebagai Ketua Menteri Sarawak dan kami (Kerajaan Pusat) sentiasa menyokong demi kesejahteraan rakyat.

Pelbagai aktiviti turut diadakan antaranya pembukaan 80 gerai yang menyediakan makanan dan minuman secara percuma, persembahan tarian, pertunjukkan tarian singa, persembahan 24 gendan Cina, pemberian Ang Paw dan belon percuma.

Dianggarkan kira-kira 50,000 hadirin hadir yang terdiri daripada lapisan masyarakat dan diserikan dengan pertunjukan buang api. -KLXPress

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.