25
Ahd, Okt

JELAJAH PENGAKUAN SALAH LAKU LIWAT II ANWAR IBRAHIM TIDAK DAPAT SAMBUTAN

Sarawak
Typography

KUCHING – Hasrat sekumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) propembangkang yang mahu mengadakan Jelajah Pengakuan Salah Laku Liwat II di Kuching pada petang tadi tidak mendapat sambutan.

Tinjauan petang tadi sekitar jam 3 hingga 5 petang, tiada sebarang aktiviti mahupun perhimpunan seperti yang diuar-uarkan dalam media sosial seperti facebook, twitter mahupun blog.

Salah seorang orang awam yang kebetulan melalui Padang Merdeka, tempat berlangsungnya aktiviti atau perhimpunan itu memberitahu beliau ada mendengar berita mengenai rancangan perhimpunan itu di facebook tetapi ternyata gagal memikat penduduk Kuching dan orang awam.

“Sebagai rakyat Sarawak, kami tidak berapa suka terhadap kegiatan perhimpunan haram seperti ini kerana menganggu ketenteraman awam dan tidak mahu demontrasi politik seperti yang berlaku di Semenanjung Malaysia merebak ke sini.11038739_815463428533295_2301899951773233048_n

“Dalam kes Liwat II, mahkamah telah menjatuhkan hukuman kepada Anwar Ibrahim dan Ketua Pembangkang itu telah diberikan ruang dan peluang yang seluas-luasnya untuk membela diri, tetapi tidak menggunakan sepenuhnya sehingga dia disabitkan bersalah”, katanya dengan nada tegas seolah-olah mahu penyokong Anwar akur dengan keputusan undang-undang.

Diyakini juga Gerakan Pengampunan Anwar ini juga tidak mendapat kelulusan permit daripada pihak polis kerana tidak mengikut prosedur yang telah distetapkan.

Dengan keadaan yang lengang dan tiada sebarang aktiviti atau demontrasi diadakan menunjukkan rakyat Sarawak menolak politik melampau yang kerap ditunjukkan pemimpin politik pembangkang. -KLXPress

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.