25
Ahd, Okt

KERAJAAN SENTIASA TEPATI JANJI KEPADA RAKYAT

Sarawak
Typography

BETONG – Dalam lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ke Sarawak, beliau telah melakukan Pelancaran Projek Pembinaan Dewan Masyarakat Beladin yang bernilai RM3.6 juta yang dihadiri kira-kira 5,000 orang.

Ini merupakan lawatan keempat Perdana Menteri keempat ke daerah Beladin ini dan sehingga kini apa yang telah dijanjikan sebelum ini telahpun dilaksanakan.

“Pelancaran Projek Pembinaan Dewan Masyarakat Beladin pada hari ini membuktikan kerajaan komited dalam memberikan yang terbaik buat rakyat.

“Kerajaan Pusat tidak pernah sesekali meminggirkan pembangunan di Sabah dan Sarawak terutamanya kawasan luar bandar yang menjadi keutamaan kerajaan selepas memenangi pilihan raya lepas”, katanya sambil diberikan tepukan gemuruh para hadirin yang hadir.

IMG-20150227-WA0019_resizedMenerusi pelaksanaan GST yang bermula 1 April akan datang, pendapatan kerajaan akan meningkat dan ini akan digunakan untuk membangunkan kawasan luar bandar dengan prasarana moden termasuk juga meningkat pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Najib juga mengumumkan kerajaan bersetuju untuk meluluskan pembinaan sebuah balai polis yang bernilai RM20 juta dan akan dibina di Kampung Beladin bagi memberikan jaminan keselamatan kepada penduduk sekitarnya.

Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, YB Razali Gapor, penduduk Kampung Beladin dan sekitarnya khususnya DUN Beting Maro akan terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri dan BN dalam meneruskan agenda pembangunan.

“Kami di sini akan sentiasa menyokong kepimpinan negara yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.

“Pembangunan luar bandar akan terus menjadi topik utama dalam terus menyokong BN bagi memastikan setiap kampung dan kawasan membangun bersama.

Antara mereka yang turut hadir dalam majlis ini ialah Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Alfred Jabu Numpang, Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Karim, Menteri Komoditi & Perusahaan Sumber Datuk Amar Douglas Embas, Menteri Kerja Raya Dato’ Seri Fadillah Yusuf, Menteri Muda Kemudahan Awam Datuk Jerip Susil dan Menteri Muda Kebajikan Robert Lawson Chuat. -KLXPress

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.