31
Sab, Okt

RUNDINGAN ROYALTI MINYAK SARAWAK BERJALAN LANCAR

Sarawak
Typography

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak menggesa Sarawak dan Sabah bekerjasama dalam mendapatkan royalti minyak dan gas yang lebih tinggi berikutan penyertaan Petronas dalam industri itu.

“Saya tidak mahu memberitahu Sabah apa yang perlu dilakukan. Sebaliknya, permintaan Sarawak ke atas kenaikan royalti minyak ini bertujuan untuk membangunkan kawasan luar bandar di Sarawak.

“Tetapi, saya pasti Sabah pun turut mahukan perkara yang sama”, jelasnya apabila diminta mengulas mengenai tuntutan Sarawak ke atas kenaikan royalti minyak dan gas sebanyak 20 peratus.

Adenan berkata rundingan antara kerajaan negeri Sarawak dan Petronas berhubung royalti minyak masih lagi diteruskan dan berjalan dengan lancar.

"Petronas telah bermurah hati dengan memperuntukkan sekurang-kurangnya RM2.1 bilion nilai kontrak kepada syarikat Sarawak, RM50 juta untuk program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan pembangunan sekolah teknikal.

"Tidak ada perjanjian mengenai royalti lagi, tetapi kita akan melaksanakan perkara itu," katanya.

Adenan berkata demikian ketika mengadakan lawatan rasmi pertama ke Sabah sejak dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak. -KLXPress

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.