31
Sab, Okt

IKAN EMPURAU BERJAYA DIJUAL DENGAN HARGA RM15,000 SEEKOR

Sarawak
Typography

KAPIT – Tiada apa yang mustahil kerana di Sarawak, ikan Empurau merupakan ikan termahal di Malaysia dan mungkin di dunia.

Bayangkan jika harga ikan empurau boleh mencecah RM1,000 sekilogram dan tiada sebab harga seekor ikan empurau mampu mencapai harga ribuan ringgit.

Seorang lelaki di Pekan Song terpaksa membayar RM15,000 bagi mendapatkan seekor ikan empurau.

Bagaimanapun, harga yang dibayarnya itu hanya setengah daripada harga asal bagi setiap sekilogram ikan empurau.

Setelah tawar-menawar di Pekan Song, Chua Fun Tien berasa bangga apabila menjadi pemilik ikan empurau seberat 27 kg yang ditangkap oleh seorang nelayan dari Sungai Katibas.

Mengikut harga pasaran semasa, ikan empurau sungai ini dijual dengan harga RM1,000 sekilogram. Bagaimanapun, beliau hanya membayar separuh daripada harga itu iaitu RM555 sekilogram, iaitu separuh daripada harga asal.

Menurut Chua, beliau akan menyimpan ikan empurau itu untuk dinikmati dengan ahli keluarganya.

Empurau ialah ikan air tawar yang paling mahal dan kebanyakannya boleh didapati di Kapit dan bahagian tengah Sarawak.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini ikan empurau telah giat dipelihara dalam kolam, tetapi harga ikan ini adalah jauh lebih rendah di antara RM500 dan RM600 sekilogram.

Begitupun, ikan empurau yang ditangkap dari Sungai Rajang, Sungai Baleh dan Sungai Katibas masih mendapat harga yang lebih tinggi disebabkan perbezaan dalam rasa daging ikannya yang enak. -KLXPress

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.