25
Ahd, Okt

TMJ: MUTU PENGADILAN LIGA SUPER JDT MENENTANG SARAWAK TERUK

Sarawak
Typography

KUCHING – Mutu pengadilan yang membabitkan perlawanan Liga Super Malaysia 2015 antara Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang Sarawak di Stadium Larkin semalam begitu teruk dan perlu dipertingkatkan dengan segera.

Ini diakui sendiri oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dalam laman facebook miliknya sebaik sahaja selepas perlawanan di Stadium Larkin malam tadi (semalam).

Menurut kenyataan TMJ yang dimuat turun pada FB Johor Southern Tigers, TMJ bersetuju dengan pandangan daripada beberapa pemain JDT dan Sarawak bahawa mutu pengadilan hari ini begitu teruk.

"Perlawanan Liga Super Malaysia antara pasukan Johor Darul Ta'zim menentang Sarawak di Stadium Larkin menyaksikan mutu pengadilan masih lemah dan begitu ketara."

"Saya begitu berharap agar badan induk bola sepak iaitu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini kerana tanpa sistem pengadilan yang lebih baik, pembangunan bola sepak negara tidak akan ke mana."

Sementara itu bagi peminat dan penyokong bola sepak Sarawak yang turut sama hadir bagi menyaksikan perlawanan itu, mereka boleh menerima kekalahan tetapi biarlah dengan cara yang betul dan bukannya disebabkan oleh mutu pengadilan yang boleh dipersoalkan.

“Bola sepak adalah suatu permainan yang menarik dan menjadi hiburan bagi kebanyakan mereka yang meminatinya, tetapi biarlah ia dilangsungkan dalam cara yang betul.

“Menang dan kalah dalam sukan seperti bola sepak sememangnya lumrah, namun biarlah ia berlaku dalam cara yang boleh diterima semua pihak,” jelas seorang peminat bola sepak Sarawak yang kecewa dengan mutu pengadilan.

Semalam, Sarawak kalah tipis 2-1 kepada JDT namun beberapa keputusan yang dibuat oleh pengadil pada sepanjang perlawanan tersebut tidak begitu memuaskan hati penyokong kedua-dua pasukan. -KLXPress

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.