31
Sab, Okt

INDONESIA KAGUMI KEPESATAN KEMAJUAN SARAWAK

Sarawak
Typography

KUCHING - Konsul Jeneral Republik Indonesia Jahar Gultom yang baharu ditugaskan di sini bermula November 2014 kagum dengan kepesatan kamajuan yang dicapai negeri ini.

Meskipun saiz Kalimantan Barat adalah lebih besar dari negeri ini namun katanya, kemajuan di sini jauh lebih pesat dan pantas berbanding Kalimantan Barat.

“Saya sudah berada di sini selama tiga bulan dan saya dapati negeri ini dan rakyatnya sudah bersedia untuk maju ke dari segi infrastruktur, kerajaan dan rakyatnya.

“Saya berpendapat bahawa ini adalah contoh baik yang harus dipelajari oleh Indonesia terutama Kalimantan Barat dan bahagian-bahagian lain di Indonesia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya selepas menerima kunjungan hormat dan mesyuarat bersama ahli-ahli jawatankuasa Dewan Perniagaan dan Perindustrian Sarawak (SCCI) diketuai Presidennya Datuk Abang Abdul Karim Tun Abang Openg semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Jahar berkata pihaknya akan memper-giatkan lagi usaha memperkukuhkan hubungan antara kerajaan negeri dan sektor swasta dengan Indonesia terutama Kalimantan Barat.

Bagi tujuan itu katanya, Gabenor Kalimatan Barat telah bersetuju untuk meng-adakan kunjungan ke Kuching pada bulan Jun tahun ini yang akan disertai oleh satu delegasi besar terdiri daripada ahli-ahli perniagaan dan pegawai-pegawai kerajaan termasuk kumpulan penari tradisional.

“Harapan kami selepas ini akan ada kunjungan balas dari Sarawak ke Kalimantan Barat sebagai platform untuk mempromosikan kedua-dua rantau ini,” katanya.

Dalam pada itu, berdasarkan rekod 2013, seramai 412,000 rakyat Kalimantan Barat, Indonesia mengunjungi Sarawak dan hanya 22,000 rakyat dari negeri ini berkunjung ke Kalimantan Barat.

Daripada jumlah itu, kira-kira 230 rakyat Kalimatan Barat yang mengunjungi Sarawak adalah bagi tujuan mendapatkan khidmat ke-sihatan di empat hospital pakar iaitu KPJ, Timberland, Normah dan Borneo Medical Centre. Sumber: Utusan Borneo Online

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.