25
Ahd, Okt

DEMAK LAUT PESAT MEMBANGUN DAN TUMPUAN INDUSTRI DI SARAWAK

Sarawak
Typography

KUCHING – Demak Laut kini telah berkembang pesat dan menjadi kawasan tumpuan industri yang terpenting di Sarawak, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni.

Ketika ini banyak pusat komersil telah diwujudkan di kawasan tersebut bagi menggalakkan sektor perniagaan terutama dalam kalangan penduduk tempatan.

Pada ketika ini, jumlah penduduknya meningkat kepada kira-kira 50,000 orang dan ini amat bersesuaian serta mempunyai pasaran amat baik untuk memasarkan produk.

“Sekarang ini terdapat lebih kurang 20 buah kampung dengan jumlah penduduknya sebanyak 50,000 orang penduduk di kawasan Demak Laut.

“Ini menjadikan kawasan Demak Laut ini kini menjadi kawasan tumpuan usahawan untuk membuka perniagaan.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan penduduk Demak Laut untuk terlibat secara serius dalam bidang keusahawanan kerana ia memberi hasil pulangan yang lumayan.

“Sekiranya dapat dijalankan dengan baik, bidang keusahawanan sebenarnya dapat menjana pendapatan lumayan,” ujarnya.

Menurutnya lagi, masyarakat biasanya bimbang dengan kesukaran mencari modal untuk memulakan sesuatu perniagaan.

“Sebenarnya modal adalah perkara ketiga dalam perniagaan. Apa yang lebih penting adalah untuk memiliki pengetahuan dan kemahiran selain perlu mempunyai minda yang cekal,” jelasnya.

Pada masa sekarang pelbagai agensi kerajaan telah menyediakan bantuan modal untuk memulakan perniagaan dan seharusnya para usahawan yang ingin meningkatkan peluang perniagaan dan mereka yang ingin menjadi usahawan perlu merebut peluang ini.

“Pelbagai bentuk bantuan modal disediakan untuk memulakan perniagaan. Kita perlu bijak membuat perangkaan sebelum memulakan perniagaan,” kata Dr Hazland. -KLXPress

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.