25
Ahd, Okt

DISANGKA IKAN BESAR RUPANYA BUAYA TEMBAGA

Sarawak
Typography

KUCHING – Hasrat seorang nelayan untuk memperoleh ikan besar daripada tangkapannya itu tidak kesampaian apabila yang hasilnya merupakan seekor buaya seberat 200 kilogram dan panjangnya kira-kira 3 meter.

Bagaimanapun, buaya yang spesisnya itu tembaga telah mati akibat tersangkut pada jaring itu semalam.

“Ini merupakan pengalaman pertama saya memperoleh hasil tangkapan seekor buaya sejak menjadi nelayan setahun lalu”, demikian menurut Hamka Anuar, 35, yang bekerja sebagai perahu penambang di Taman Negara Bako.

Hamka yang ditemani lima orang sahabatnya itu datang ke kawasan berhampiran Teluk Langkang, Bako bagi melihat jaring yang dipasang untuk menangkap ikan.

Katanya, mereka berenam menaiki sebuah perahu dari Jeti Taman Negara Bako pada pukul 10 pagi untuk melihat jaring yang dipasang kira-kira lima kilometer dari jeti itu.

“Apabila sampai, kami menarik jaring bagi menaikkan ikan yang tersangkut tetapi kali ini agak berlainan apabila terasa sangat berat. Perasaan bercampur baur kerana kami menyangka ada ikan besar yang tersangkut.

Apabila sampai ke tebing, rupanya sangkaan mereka seekor ikan besar rupa-rupanya seekor buaya yang sangat besar.

Sejurus selepas tersebarnya berita buaya itu, orang ramai mula mengerumi termasuklah pelancong untuk mengambil gambar. -KLXPress

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.