31
Sab, Okt

ADENAN SUMBANG RM3 JUTA UNTUK MASJID DARUL TAQWA LUNDU

Sarawak
Typography

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem pagi tadi telah menyampaikan cek berjumlah RM3 juta bagi membina bangunan tambahan dan baikpulih Masjid Darul Taqwa, Lundu.

Majlis telah diadakan di Masjid Darul Taqwa Lundu yang disaksikan kira-kira 400 orang jemaah sebelum sembahyang Jumaat.

“Dengan adanya peruntukan ini membolehkan bangunan masjid ini dapat diperbesarkan sekaligus menampung jemaah yang semakin bertambah.

“Mana-mana infrastruktur yang rosak bolehlah digantikan yang baharu dan bangunan yang baru bolehlah menampung jumlah jemaah yang semakin meningkat”, jelas Adenan lagi semasa menyampaikan cek itu pagi tadi.

IMG-20150313-WA0014Bagi Pengerusi Masjid Darul Taqwa, Haji Jamsari Ahamad, peruntukan ini sememangnya amat diperlukan memandangkan ruang masjid yang sedia ada tidak lagi dapat menampung jemaah dalam satu-satu masa khususnya ketika menunaikan solat Jumaat.

“AJK Masjid Darul Taqwa dan penduduk Daerah Lundu ini sangat berterima kasih kepada Ketua Menteri Sarawak atas sumbangan yang diberikan dan yang pasti ini akan memberi sinar baharu kepada umat Islam di Lundu ini”, katanya dengan penuh rasa kesyukuran.

Adenan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu sebelum ini juga telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta dalam membaikpulih Dewan Seberguna Chung Hua, Lundu pada sambutan Tahun Baharu Cina yang lepas.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.