29
Ahd, Nov

DAP AKUI MASYARAKAT CINA KINI MULA SOKONG KEPIMPINAN ADENAN SATEM

Sarawak
Typography

KUCHING – Kenyataannya kini masyarakat Cina di Sarawak mula menunjukkan tanda sokongan ke atas kepimpinan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem dan ini diakui sendiri Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak, Chong Chieng Jen.

Sokongan ini disebabkan sentimen ceria (‘feel good’) Adenan yang memberi banyak impak kepada masyarakat Cina seperti yang kebiasaannya di bawanya sebelum menjadi Ketua Menteri Sarawak lagi.

Ini disokong pula dengan perubahan dalam kepimpinan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang kini diterajui Presiden Dr Sim Kui Hian yang cuba meremajakan parti dan menyelami kemahuan masyarakat Cina di dalam komponen Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, DAP Sarawak masih beranggapan sokongan Cina masih memihak kepada mereka biarpun ada yang mendakwa kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem memberi kesan peralihan sokongan kaum itu.

“Bagaimanapun masyarakat Cina tidak melihat atau Parti Rakyat Bersatu (UPP) sebagai pilihan menarik kerana satu sebab mudah iaitu mereka sudah berulang kali mengecewakan rakyat.

“Lama-kelamaan kekurangan Adenan juga turut akan terserlah,” jelas Chong lagi.

Seperti biasa, Pengerusi DAP Sarawak itu cuba menyalahkan ketidakmampuan Adenan Satem dalam menghalang kejatuhan nilai ringgit sekarang ini.

Selain itu beliau turut mempertikai Adenan tidak mampu menghalang kejatuhan nilai mata wang ringgit, yang merupakan kesan daripada pembaziran serta gejala rasuah sejak sekian lama.

Tidak cukup dengan itu, Chong juga mengaitkan kegagalan Adenan Satem dalam mendapatkan royalti minyak Sarawak.

“Setakat ini beliau masih belum dapat memperoleh royalti minyak sebanyak 20 peratus, bukan itu sahaja isu perjudian Internet berleluasa walaupun beliau membuat usaha membanterasnya,” katanya.

Hakikatnya sekarang ini, DAP Sarawak mula terasa akan penerimaan masyarakat Cina ke atas kepimpinan BN dan Adenan Satem.

Jika keadaan ini berterusan maka keyakinan DAP dan Pakatan Pembangkang Sarawak mahu mempertahankan atau meningkatkan jumlah kerusi yang akan dimenangi mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang tidak akan kesampaian.  -KLXPress

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.