27
Sel, Okt

BARU BIAN KECEWA DENGAN TINDAKAN DAP SARAWAK

Sarawak
Typography

KUALA LUMPUR - PKR Sarawak mengakui kecewa dengan tindakan DAP Sarawak mengumumkan keluar Pakatan Rakyat (PR) Sarawak gara-gara rang undang-undang hudud yang telah dbentangkan oleh PAS di DUN Kelantan baru-baru ini.

Pengerusinya, Baru Bian berkata keputusan itu ternyata amat mengecewakan ahli-ahli dan penyokong PR Sarawak yang kini dalam rangka mengatur persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Saya pasti rakyat Sarawak mahu melihat PR Sarawak yang kuat dan bersatu dalam usaha memberikan saingan kepada Barisan Nasional (BN),” katanya di sini.

DAP Sarawak telah mengumumkan keluar PR Sarawak selepas jawatankuasa DAP Sarawak memutuskannya dengan sebulat suara.

Mengikut senario politik Sarawak, DAP Sarawak sebelum menyertai PR Sarawak pernah berseorangan dalam memperjuangkan agenda politik mereka sebelum membentuk pakatan selepas kemunculan PKR dan kemasukan PAS ke Sarawak.

Dalam PRN Sarawak yang lepas, DAP Sarawak dilihat sebagai parti dominan dan mengetuai PR Sarawak selepas memenangi 11 kerusi DUN Sarawak berbanding PKR hanya 3 kerusi manakala PAS masih belum memenangi sebarang kerusi DUN.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.