29
Ahd, Nov

DORONG ANAK MINAT MEMBACA BUKU

Sarawak
Typography

KUCHING - Ibu bapa perlu menjadi pendorong utama kepada anak supaya meminati amalan membaca buku, kata isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Jamilah Anu.

Jamilah berkata, penggunaan teknologi baharu seperti komputer dan telefon pintar dalam kalangan anak dilihat menjadi penghakis minat membaca buku.

“Ibu bapa perlu menjadi pendorong anak agar kembali minat membaca buku dan meluangkan masa bersama anak membaca buku,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Festival Pustaka ‘Bookaroo Children’s Literature’ 2015 di Auditorium, Pustaka Negeri di sini semalam.

Jamilah memberitahu amalan membaca buku perlu dipelihara supaya ia tidak pupus ditelan kemodenan zaman.

“Syabas dan tahniah kepada Pustaka Negeri kerana berjaya menganjur festival ini kerana dapat dijadikan platform kepada aktiviti membaca buku.

“Kita lihat hari ini begitu ramai ibu bapa bersama anak mereka melihat dan mencuba sendiri pelbagai aktiviti yang dianjurkan pada festival ini,” tambahnya lagi.

Justeru, beliau berharap penganjuran festival dapat menggalak kanak-kanak kembali semula meminati aktiviti membaca buku.

Pada masa sama, Jamilah turut menggalak ibu bapa supaya membimbing anak masing-masing untuk meminati membaca buku bahasa lain khasnya Bahasa Inggeris (BI).

Menurutnya, penguasaan BI dalam kalangan anak khususnya luar bandar masih rendah dan galakan membaca dapat membantu memahir menguasai bahasa tersebut.

Terdahulu, pada majlis perasmian festival itu, Jamilah sempat berkongsi cerita dalam Bahasa Inggeris yang bertajuk ‘Well Done Little Croc.’

Sementara itu, Ketua Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan Pustaka Negeri Japri Bujang Masli berkata, festival itu julung kali diadakan dengan menyasar penglibatan lebih 4,000 kanak-kanak termasuk ibu bapa sepanjang dua hari diadakan bermula semalam.

Beliau menjelaskan, pihaknya juga mempelawa 18 sekolah sekitar Kuching, Samarahan dan Kota Padawan untuk menyertai festival dua hari itu.

Katanya, antara aktiviti diadakan, bacaan sajak, bercerita, melukis dan mewarna, membaca buku cerita dan banyak lagi.

Sumber: Utusan Borneo

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.