27
Sel, Okt

NAJIB UMUM RM1.5 JUTA KEPADA RUMAH PANJANG HENRY NUNI ANAK PLEN

Sarawak
Typography

BINTULU – Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak hari ini mengumumkan Projek Pembinaan Tambatan Banjir dan Projek Baik Pulih Rumah Panjang Henry Nuni anak Plen berjumlah RM1.5 juta petang tadi, di sini.

Najib mengumumkan demikian ketika menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Henry Nuny dalam rangka lawatannya di Bintulu selama dua hari.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) sangat prihatin kepada rakyat selaras dengan konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan,” katanya.

Lebih menggembirakan apabila Najib merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua yang pernah mengunjungi Rumah Panjang Henry Nuni anak Plen.

Perdana Malaysia turut mengumumkan kerajaan BN akan terus menambahkan lagi projek-projek pembangunan di kawasan luar bandar di Sarawak ini sejajar dengan ‘Rakyat Didahulukan’.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem sebelum ini menegaskan polisi pentadbirannya ialah merapatkan jurang pembangunan di kawasan luar bandar dan bandar.

Menyentuh mengenai situasi pembangkang, keputusan DAP Sarawak keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) Sarawak baru-baru ini menunjukkan pembangkang itu semakin lemah disebabkan pertelingkahan di antara mereka sendiri kerana isu hudud.

IMG_20150330_194530_resized

Najib juga pada masa yang sama turut melancarkan Sistem Pemadam Api Untuk Rumah Panjang sumbangan 1MDB.

Turut hadir Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu Anak Numpang, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Dr Stephen Rundi Anak Utom, ADUN N60 Kemena, Datuk Seri Douglas Uggah Embas, Menteri Peladangan dan Komuditi, Malaysia, Datuk Seri Safie Apdal, Menteri Luar Bandar & Willayah, Datuk Seri Fadilah Haji Yusuf, Menteri Kerja Raya, Tan Sri James Jemut Masing, Menteri Tanah Sarawak, Tan Sri William Mawan anak Ikom, Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi dan Datuk Joseph Entulu Ak Blaun, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.