27
Sel, Okt

NAJIB SERAH RM37.7 JUTA KEPADA 74,614 PEKEBUN KECIL GETAH SARAWAK

Sarawak
Typography

BINTULU – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini telah menyerahkan sumbangan berjumlah RM37.7 juta kepada 74,614 pekebun kecil getah di Sarawak.

Sumbangan itu dibuat menerusi Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah (BKKH) dan diharap dapat meringankan beban yang dialami oleh penoreh getah yang terjejas akibat kejatuhan harga bahan komoditi tersebut ketika ini.

Bagi meringankan beban pekebun kecil yang dialami sekarang ini kerajaan bersetuju memberikan bantuan sebanyak RM500.

“Setiap penoreh yang terlibat akan dibayar RM500 dan sumbangan itu akan diagihkan secara berperingkat bermula Rabu ini,” katanya.

IMG_20150330_194503_resized

Najib berkata demikian di hadapan kira-kira 4,000 orang dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Henry Nuni, Bintulu.

Perdana Menteri kini dalam rangka lawatan selama 2 hari ke Bintulu bermula hari ini dan esok, beliau akan merasmikan Projek Lebuh Raya Pan Borneo yang sememangnya dinantikan rakyat Sarawak dan Sabah dalam usaha kerajaan meningkatkan pembangunan di kedua-dua negeri itu.  

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.